11.6.15

Berpindah ke blog baru

Assalamualaikum kawan-kawan.
Kami dah berpindah ke blog baru
Jemput ke Pink Pegaga
Terima kasih :)

19.10.14

Resepi Roti Leper (Flatbread Recipe) dan Resepi Stew Daging Rusa




Dua minggu lepas, di Sabah ni hujang tak henti-henti sampai seminggu lebih. Siap dengan ribut lagi. Abis terbang tercabut semua pancang kebun sayur. Lagi  la nampak kebun tak terurus.Sejak preggie ni, memang saya tak turun ke kebun. Tapi ada mini kebun  yang ibu saya buat di belakang dapur. Ada pokok tomato, cili, vanilla, sawi yang ditanam dalam pasu. Cukup la buat ubat rindu saya pada gardening.

Kalau musim hujan sejuk-sejuk, makan sup atau stew paling sesuai sekali. Dicicah dengan roti memang menusup suam-suam kepanasan di seluruh badan.  Flatbread ni senang ajer nak buat. Tak payah pakai mesin. Uli ngan tangan ajer. Tak payah pakai oven, pakai kuali leper ajer.

Resepi  Roti Leper (Flatbread):
Resepi asal: Mel's Kitchen Café

Bahan (saya ubah sikit):

1 paket kecik yis kering
1 sudu besar gula
2/3 cawan air suam
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil garam
3 cawan tepung roti ( saya guna wholemeal, kalau pakai tepung roti biasa pun ok)


Caranya:
** kalau ikut cara Mel, dia campur kan semua dalam food processor. Senang tutup mata bole buat. Tapi saya pernah terbaca kalau garam bercampur dengan yis, yis akan mati. Jadi saya ikut cara macam buat roti.

Campurkan air suam, yis dan gula. Kacau dan biarkan selama 10 minit sehingga yis mengembang.  Campur garam dengan tepung roti. Buat kawah di tengah mangkung dan tuang adunan yis. Gaul  bersama air sedikit demi sedikit. Masukkan minyak zaitun. Sehingga adunan membentuk bulat dan tidak lagi melekat di tpi mangkuk.  Taburkan sedikit tepung mengikut kesuaian semasa menguli. Tutup dengan kain basah(lebih bagus keran mengelak adunan membentuk lapisan keras), tapi saya tutup mangkuk dengan pinggan ajer. Biarkan selama 30-45 minit untuk adunan mengembang dua kali ganda. Uli semula dan asingkan dalm bentuk bebola kecil. Canai, penyek dan tekan-tekan menjadi rupa lempeng. Panaskan kuali dengan sedikit planta atau minyak zaitun.  Roti akan mengembang bila terkena kuali panas. Terbalikkan apabila roti kekuningan dan angkat. Dan ulang proses sehingga adunan habis.

Resepi Stew Daging Rusa
Resepi asal: Azie Kitchen

Bahan:
500 gram daging rusa- daging lembu atau kambing pun OK.
1 sudu minyak zaitun
1 sudu kecil black pepper
1 biji bawang besar potong kiub
2 batang carot potong kiub
2 biji kentang pontong empat
3 batang celery potong kecil-kecil
1 ulas bawang putih dicincang
1 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan daging
1  sudu kecil herba thyme, oregano - saya guna mixed herbs
2 helai bay leaves - saya tak letak sebab tak jumpa di supermarket
2 sudu besra tepung jagung
2 sudu besar air untuk campur dengan tepung jangung
sedikit tepung untuk digaul bersama daging - ini saya tambah sendiri
2 sudu besar tomato puree - saya tambah sendiri

Cara-cara
*** Kak Azie pakai slow cooker, saya pakai oven sebab tak de slow cooker.
 
Mula-mula daging dipotong kiub tapi jangan kecil sangat nanti hancur. Gaul daging bersama sedikit tepung. Saute/goreng dengan sedikit minyak zaitun di dalam periuk.  Bila tepung keperangan angkat. Masukkan semua sayur, gesek lantai  periuk kerana terdapat tepung yg melekat tadi sambil gaul dengan sayur. Masukkan herbs, black pepper, air rebusan daging, tomato puree, daging, kicap. Gaul sehingga sebati. Tutup periuk, masukkan ke dalam oven. Suhu 160C dan masak sehingga satu setengah jam. Keluarkan periuk, panaskan di atas dapur,masukkan air campuran tepung jagung. Bole letak garam jika tak cukup rasa masin. Gaul sehingga kuah menjadi pekat.
 
Alhamdulillah. Dah siap.
Selamat mencuba.

15.10.14

Resepi Chee Cheong Fun yang halal



Bagi penggemar masakan Cina, mesti suka dengan chee cheong fun. Ini sebenarnya adalah 'steamed rice rolls'. Lebih kurang macam kuew teow atau mee laksam (dari segi rupa, saya tak pernah makan laksam).  Dulu masa tinggal di KL, saya selalu makan di café pintu masuk Ampang Park, di sebelah kanan. Café tu pun ada jual laksa dan mee kari ala2 Nyoya style.

Memandangkan kini saya preggie, impian nak makan macam-macam tu sentiasa meluap-luap setiap hari. Kalau nak tunggu balik KL, baru nak makan chee cheong fun maknanya melelehlah air liur ni.  Cubaan pertama saya ni, Alhamdulillah menjadi, cuma perlu nipis sikit lagi. Chee cheong fun ini dimakan dengan kuah pekat yong tau fu. Ada yang suka makan kosong begitu. Tapi saya suka cara yang dibuat oleh café Ampang Park tu, ada inti sengkuang, carot dan udang kering.

Resepi asal: Wendi
100 gram tepung beras
20 gram tepung ubiatau tepung jagung
365 gram air
secubit garam
**saya tambah daun bawang yang dihiris untuk nampak corak pada kulit.

Cara:
Bancung semua bahan, kacau hingga larut dan sebati.  Oles loyang dengan minyak zaitun. Tuang 2-3 senduk menutupi dasar loyang, masukkan ke dalam periuk kukus. biarkan 2-3 minit sehingga masak. Angkat letak inti dan gulung. Terus gulung, kalau tunggu sejuk memang tak bergulung lah jawabnya. Buat ulang-ulang sehingga habis adunan. Jangan risau jika yang pertama tu tak jadi. Saya buat masuk yang ketiga baru menjadi. Jengan gelojoh, ia memerlukan kesabaran dan penuh kesenian.

Boleh try tengok  cara buat di youtube,  tapi kebanyakan dalam bahasa Cina. Tak paham bahasa tak pe, yang penting nampak macam mana nak buat.


Resepi inti.
Ini ikut kegemaran sendiri. Boleh letak daging cincang, Apa yang tekak anda  suka.
Resepi inti saya tak de sukatan. Buat ikut suka. Kalau suka sengkuang, lebihkan sengkuang. Kalau suka carot, lebihkan carot.

Sengkuang sebiji sederhana besar
Carot  separuh batang
Segenggam dua udang kering.

Cara:
Sengkuang dan carot dipotong memanjang dan halus. Kalau masuk dalam food prosessor lagi senang, atau pakai sagat. Udang kering direndam dan ditumbuk. Letak sedikit minyak zaitun dalam kuali, 'saute' goreng udang kering, masukkan sengkuang dan carot. Layur sehingga semua masak. Ketepikan dah siap.

Resepi sos yong taufu: Jintan Manis

10 tangkai cili kering
gula merah
bijan goreng
gula (kalau kurang manis)
secubit garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
 ** saya tambah 2 sudu besar taucu dan 2 sudu kicap

Cara  ini saya tak berapa patuh pada Jintan Manis:
Cili kering, digoreng dalam 2 minit dengan api yang perlahan. Angkat dan potong2, masukkan ke dalam blender sedikit air dan bancuhan tepung jagung, taucu, belacan, minyak masak. Masak air dan lebih kurang 5 sudu besar gula merah dan campurkan bahan blender. Masukkan kicap dan kacau sehingga pekat.

Selamat mencuba ya.

19.9.14

Nasihat dari Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin

Masa kami berjumpa  Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin ketika di KLIA2, saya sebenarnya yang paling excited. Sebab saya tahu kalau berjumpa ustaz di majlis memang saya tak berpeluang untuk bertanya itu ini. 
Saya terus terang sahaja. 'Ustaz, anak saya yang pertama ada elergik kulit eczema, anak ke-2 dulu sampai umur 4 tahun guna bahasa insyarat, anak yang ke-3 ni anak istimewa. Sekarang saya mengandung. Saya baru scan dua hari lepas. Doktor kata kembar 3, tapi hanya satu baby sahaja ada nyawa. Minta tolong ustaz doakan anak-anak saya yer'. Saya mula tahan air mata dah mula bergenang.  Saya memang sensitive bila bercakap pasal anak-anak saya. Tambahan lagi ketika mengandung macam ni.

Ustaz balas dengan tenang 'MasyaAllah... kita doa supaya Allah bagi kita apa yang Allah suka bagi pada kita...'  Kemudian ustaz sambung lagi 'anak yang sihat atau anak yang sakit, dua-dua datangnya dari Allah. Kalau anak sihat, Allah nak uji kita syukur atau tidak. Kalau anak sakit Allah nak uji kita sabar atau tidak'.

Memang bila saya duduk dalam flight.. air mata terus-terus jatuh deras. Saya sebenarnya nak ustaz cakap 'saya doakan anak-anak awak sihat-sihat belaka' tapi ustaz tak cakap macam tu.  En Kaki Pancing tunjukkan satu tazkirah ustaz yg sempat google sebelum berlepas, tajuk 'bersabarlah'. Lepas baca, saya lebih faham apa yang ustaz katakan tadi.

Untuk kawan-kawan yang diuji dengan kesihatan anak-anak seperti kami, pujuk hati untuk bertahan dan bersabar. Yang disimpan oleh Allah untuk kita sekeluarga perkara yang lebih baik. InsyaAllah...
Terima kasih Allah. Syukur alhamdulillah