19.6.10

Penjaga pantang dan berpantang ( Part 1)

Since nanti saya kena berpantang sendiri kat KL, so kena la cari confinement lady (CL) untuk jaga waktu berpantang nanti. The previous two,  saya berpantang jer kat kampung. Ibu saya yang jaga cuma amik orang urut jer. Ibu ni tegas sikit dalam berpantang. Saya memang tension sampai nangis-nangis dibuatnyer. (Tapi sebanarnya, saya bersyukur dan berterima kasih kat ibu sebab sabar jaga saya waktu pantang dulu. Love u, ibu). heheheh.... ubat akar pahit tu, saya boleh minum lagi, tapi kalu macam-macam bender campur telur tak masak, saya memang tak leh telan.


This time, since Amirul dah sekolah, so kena lah berpantang sendiri. Memang ada bibik, tapi tak boleh nak harapkan dia sangat. Saya pun tak confident nak berpantang sendiri sebab tak der disiplin langsung. Nanti semua main tibai jer. So kalau ada CL ni, ok jugak, ada orang jaga, bagi nasihat apa yang patut. Plus, my hubby pun dok jauh, so memang patutla saya kena amik CL. Lagipun badan kan nak pakai lama. Apa salahnyer invest sikit dalam bab ni.


Dalam 3 weeks juga saya buat google internet and tanya-tanya kawan/sedara. Apa yang saya jumpa, siap print lagi. Nak buat perbandingan esp tentang harga. Memang ada macam-macam pakej yang diorang offer. Basically ada 3 jenis CL ni:


A. Yang datang umah kejap jer, waktu pagi, mandikan baby, urut, pakai bengkung ibu then balik.


B. Yang datang separuh hari, pagi settlekan ibu dan baby, masak t/h dan balik. petang dia datang lagi uruskan baby dan ibu then balik.


C. Yang tinggal sekali ngan kita. Dia buat semua: uruskan ibu/baby, basuh/lipat baju ibu/baby, masak lauk pantang, siapkan breakfast/teatime, uruskan mother/baby sampai malam.


Yang jenis A tu, memang banyak perseorangan yang handle, tp ada yang urut dia kira harga lain. Yg B pula, pun ok juga, tp berhati-hati kalau dapat yang jenis 'tuang kerja' ni. Dia akan buat cepat-cepat sebab nak berkejar ke rumah orang lain. Yang ni mahal sikit dari yang C sebab dia kira duit mintak/transportation kot. Jenis C pula, lagi OK sebab dia memang 24 jam dok ngan kita. Cuma tak der privasi la pulak (heheh, nak 'privasi' haper, dalam berpantang ni??) Dapat yang OK lagi bagus, siap baby tak tidor malam dia yang jagakan.


Lama pikir, saya buat keputusan amik CL kategori C kat Spa Shadira. Ada beberapa kali keluar kat paper and magazines pasal spa tu. Saya dah pergi sana kat briekfields, jumpa owner dia. Friendly la juga. Amik 2 minggu jer sebab mahal la juga, dalam RM900 seminggu (spa yang lain pun harga same jugak). Kalau kaya raya,  nak jer saya amik sampai abis pantang. heheheh....


Dengan Shadira, kena sign kontrak. Then, dia bagi list barang dapur yang kita kena beli untuk masak lauk pantang dan dia bagi jadual kerja CL dari pagi sampai malam sebagai panduan.


Tak sempat nak scan lagi paper2 tu semua. Nanti bila dah scan saya upload kan sini, k.





No comments:

Post a Comment