19.6.10

Nama baby: Pilihan hubby atau pilihan anak?

Bersalin dah nak dekat, tapi nama baby tak confirm lagi.. Pernah discuss ngan hubby, pilihan dia: Adlan Muntadhar/Muntazar. Bila tanya dengan Amirul, mula-mula dia senaraikan semua nama classmates dia. heheh.. Bila dah shortlisted, dia bagi Adlan Iman.
Amirul, walaupun dia baru  6 tahun, tapi ada banyak perkara saya akan tanya pendapat dia. kengkadang pendapat dia tu, bagus juga.. kengkadang tu, biasa la pendapat budak-budak... Tapi bila dia tanya 'Camner bu, ok tak pendapat abang?' saya jawab (bila tak setuju) ' mrmmm.... ibu tak boleh buat keputusan sekarang, nanti ibu fikirkan'... saja tak nak kecikkan hati dia...
So, mana satu pilihan hati? Cadangan hubby atau cadangan anak sendiri?  Adlan Muntadhar/Muntazar  atau Adlan Iman?

No comments:

Post a Comment