20.6.10

Tumble Tots


Baru jer gi Tumble Tots kat Great Estern Mall..  sebenarnya tengah cari playschool untuk Arman.  Arman tak buleh nak bercakap lagi, walaupun bulan Sept ni masuk 3 tahun. Pernah hantar dia pergi speech class. Tapi the teacher suggest Arman kena gi  playschool supaya dia bercampur dengan yang sebaya. Tu yang pergi Tumble Tots tu.. Sebab saya pilih Tumble Tots:
1. Dekan ngan rumah. Drive dalam 10 mins jer sampai.
2. Class on weekend.  Masih tak berani hantar Arman full time playschool.
3. Great Estern Mall tu satu tempat yang best, tak sesak dan banyak barang boleh cari kat situ, tempat makan pun best..




Ok, basically, ada macam-macam programs kat Tumble Tots ni:
a. Gymbabes (45 mins) - 6 months to walking
b. Walker Playgroup (45 mins) - 1 to 2 years
c. Toddler Physical Play (45 Mins) - 2 to 3 years
d. Presschooler Physical Play (45 mins) - 3 to 4 years
e. Gymbobs ( 1hour) - 4 to 7 years
f. Toddler Playphonics (90 mins) - 18 months to 3 years
g. Preeschoolers Playphonics (90 mins) 3 to 4 years.


Tentang bayaran tu, saya tak tanya detail,  just tanya bab Toddler Physical Play jer:
Trail fee : RM45
1 month 4 x : RM180
3 months 12 x : RM486
Enrolment: RM100


After trial class, if setuju nak join then RM45 tu kira tak payah bayar... yang nak tau more info, call yg kat Great Eastern Mall, Ampang tu 03-48132005 or http://www.tumbletots.com.my/


hehehe... tak sabar nak hantar Arman kat situ. Dia pun macam excited jer (maybe dia excited sebab selang 1 kedai ada Toys 'r' Us... uhhh.... kena bawa duit lebih setiap kali gi class ni nampaknya.)

No comments:

Post a Comment