17.7.10

3D Minggu ke-38

Semalam dah gi buat check up kat Damai Service Hospital. Semuanya OK, doktor kata kalau rasa sakit belakang ker, sakit perut kerap atau tak sadap hati boleh call dia atau terus datang ke hospital. hehehe... 2 minggu lepas kelam kabut nurse2  hospital tu.. semalam bila jumpa diaorang... sengeh jer la....

Hari ni, gi klinik Dr Andy buat scan 3D. Kat Damai tak der, so macam tak puas jer tengok.  Lama la gak kat situ, Dr Andy best..  Tak der la nak terkocoh-kocoh buat kerja, relaks jer dia. Dia pun kata kepala baby dah betul sampai kat bawah. Anytime jer ni...

Syukur, tak sabar ibu nak jumpa baby



Tengah hisap jari


tangan dia, ntah pegang apa


Nampak tu? Dia buat 'thumb up'.. heheheh.. cute..





The 'bird'.. umpama 'sudah terang lagi bersuluh'



Lepas tu terus ke Ratu Danau Kota cari tudung raya. Nasib baik ada. TERBeli extra tudung mini sebab tengah sale, RM22 jer.


Niat mula-mula nak beli dua jer, tapi TERbeli 6!

Lepas beli tudung, saya ke Jaya Jusco (Aplha Angle), gi lunch kejap. Sebab keluar sorang, boleh la makan kat sini, kalau bawa bebudak tu, memang tak sesuai....

nyum..nyum..nyum... best!
  

4 comments:

  1. ayin,

    Dr. Andy tu kat mana?
    Damai hosp takde 3D ye. I ingat zaman skrg mcm semua tmpt dah ada 3D.

    ReplyDelete
  2. iyer memang tak der..heheh... macam kelakar pun ada kan.. tu pasal la kan sana kalau check up tak mahal kot. dalam RM50-RM60 jer termasuk ubat. Dr Andy tu kat klinik Subastri & Gan kat Sri Rampai.

    ReplyDelete
  3. eh kawan i pergi tawakal pun tak mahal, dlm 70 je...dr jaafar kalau tak silap.

    ReplyDelete
  4. oh iyer ker?? Coz i dah pegi kat ampang putri dalam RM150 (3D).. kat Sime Darby Medical Centre pun dah pernah pergi.. RM270 (bukan 3D pun, tak termasuk ubat).. sebenarnya bukan nak pergi check up kat sana (SDMC). I pergi visit my MIL, pastu sakit.. terus check.

    ReplyDelete