9.7.10

Bibik oh bibik!


Sabtu lepas dah  pergi Jaya Jusco beli barang dapur. Isnin masa hubby ada pun dah bagitau bibik nak beli stok barang masa bersalin. Semalam dia kata HANYA minyak masak dan barang basah (ikan, sayur) saja habis. Semalam dah beli minyak masak. Hari ni, saya bagitau dia nak keluar kejap gi carrefour beli ikan dan sayur.... aikkkk, dia bagi senarai beli senarai barang. Ada 21 items. Tu tak termasuk barang Amirul dan Arman order (jus, yougurt, buah, cereals)... huwaaaa...... banyak nyer...  sapa nak berpusing-pusing dalam carrefour tu cari barang? sapa nak tolak trolley tu nanti??? Saya lah juga. (Bibik kena stay kat rumah jaga Amirul tak sihat)  

BIla abis beli, ada la penuh  juga trolley tu. Pastu escalator (depan kedai kek) tu rosak pulak. Tadi dapat parking baekkk punya kat depan pintu kua. Dah tu kena turun kat pintu tengah (Mc D), tolak trolley nak ke kereta. Jauh tuuu... langkah pun makin lama makin pendek-pendak dan perlahan. Sampai kereta, nak angkut barang masuk lagi. Nak langkah  masuk kereta pun dah tak larat. Kena tarik kaki  ngan tangan.  Perut pun sakit.


No comments:

Post a Comment