5.7.10

bila hubby ada, tak pulak sakit

Semalan hubby balik, after 3 months tak jumpa... heheh, macam selalu, bila 1st time jumpa dia, rasa macam malu-malu pulak...sebab ramai sedara pulak kat rumah, saya control jer la.... terasa macam 1st time boyfriend datang umah jumpa mak bapak. heheh (gatal jer)

saya tak bersalin lagi.. heheheh... mungkin betul kata Dr Halim, baby acah-acah jer... sebenarnya, saya dah cuba pujuk baby, kalau nak kua, ni la masanya sebab ayah dia ada kat umah.  tapi sampai hari ni, tak der pulak rasa sakit-sakit pinggang pun macam hari tu...

So, my parents pun katanya esok petang dah nak balik,  kalau bersalin nanti datang balik. Nasib baik PD ngan KL tak jauh.  Hari ni pulak hubby dah nak gerak balik gi utara. Lusa ke Sabah. Contract dia kat France dah abis. Sekurang-kurangnya, kalau kat sabah, sempat la lagi dia balik dalam beberapa jam. Nak buat camer. Dah kerja dia macam tu.  Sedih gak, ingatkan baby kali ni, sempat la hubby azankan.

Hopefully, nanti bila bersalin, hubby dapat cuti. (tak nak berharap sangat, nanti kalau tak dapat, meroyan pulak!)

Nasib baik saya dah start cuti. Boleh concentrate kat Amirul. Tak berapa sihat lagi dia pasal eczema dia la.  Esok nak bawa jumpa doktor pakar kat HKL. Entah la , nasib baik my parents ada, tak der la rasa emo sangat. Kalau tak selalu bila Amirul sakit, bila kena handle sendiri semua, air mata mula berjurai. 

No comments:

Post a Comment