7.7.10

Follow up @ HKL

Petang tadi gi HKL, bawa Amirul gi jumpa doktor pakar kulit. Ntah tak tahu mana silapnyer after 2 weeks keluar wad, tak sihat lagi. Semalam pun dia demam. Kat HKL, jumpa Dr Leong, bagus betul dia tu. Bebudak suka kat dia. Friendly betul.  Dalam bilik rawatan tu, ada 3 orang doktor pakar. Saya perhatikan mereka betul-betul  explain kat penjaga/parents pesakit. Saya tak der la nak merungut bila lambat giliran saya, sebab tahu bila masa saya nanti , doktor pun ambil masa yang agak lama check Amirul.

Kalau saya tahu dari dulu doktor2 pakar kulit kanak-kanak kat HKL  bagus dan professional dah lama saya pergi kat sana.  Jimat pun jimat. Saya kena charge RM5 sebab tak bawa surat akuan pengesahan pekerja kerajaan. Kalau bawa surat,  seposen pun tak payah bayar...hehheh... Dengan hati yang senang saya bayar sahaja. Nak compare dengan  charge yang klinik swasta kenakan... pergghhhhh.... sekali kena dalam RM300- RM500 sekali rawatan.  (saya terbayang beg LV  yang dapat  saya beli jika dari dulu pergi ke HKL hehehehe). 

Doktor kata antibodi Amirul tak kuat. So, dia kena makan antibiotik utk 3 minggu. Pastu ada dapat krim sapu betamethasone-17-valerate 1:4  dan potassium permanganate 1.5  solution untuk mandi.

Lagi 3 minggu, kena datang lagi. mrrrmmmm.. Doktor tanya boleh ker datang sebab saya dah hampir  nak bersalin.  hehehe.. prihatin  juga dia.....

Note: Nak jumpa pakar kulit kanak2 kat Institut Pediatrik HKL  hanya pada Selasa petang dan Rabu pagi. Waktu selainnya, doktor sumer kat Klinik Dermatalogi.

No comments:

Post a Comment