27.7.10

Kalau kutahu induce begini...

Sakitnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu.. Sehinggakan saya hanya mampu mengucap, ingatkan nyawa sampai setakat itu...

4.00 ptg- Nurse masukkan ntah apa ntah kat belakang, supaya saya berak.
4.05 ptg- berak tp tak selesa sebab sakit dah kuat.
5.30 ptg- Doktor datang check, pecahkan air mentuban.
5.40 ptg- sakit bertambah kuat,5 minit skali.
6.00 ptg- sakit lagi kuat, saya ckp nak berak.. Doktor cakap dah buka 4cm. Jangan angkat kaki. Dia kata boleh bersalin kat bilik ni jer. Saya tak nak coz katil ni tak der tiang L terbalik untuk sangkut kaki.(Kang nak sangkut kaki kat bahu sapa plak). Kak long pulak tengah gelabah cari tape video coz td saya kata semua dah prepare, tp sy terlupa letak tape (sorry kak long n TQVM).Terus dibawa ke bilik bersalin. Saya cakap nak berak ni. Nurse suruh tahan, tp saya dah tercirit sikit (sorry nurse). Bila dpindah jer atas tempat bersalin. Saya cakap ni bukan nak berak, nak kua ni. Bila boleh teran? Nurse kata sekarang. Sekali jer teran, baby keluar, nurse yang sambut. Doktor pun sampai. Doktor check, katanya tak payah jahit. Tak koyak pun.

Syukur sepanjang masa hubby ada kat sebelah. Baby Adlan Iman bin Mohd Faiz lahir pada 26 Jul pd jam 6.10 petang. Syukur semuanya selamat. Berat 2.3 kg (camner boleh kecik ntah, bila tengok saiz perut, ramai plak yg kata mengandung kembar)

Lepas bersalin, pun sakit jugak. Makan pain killer sebab tak tahan, tapi sama jugak sakitnya. Doktor kata induce memang macam ni. Jam 1230 malam, still tak dapat tidur lagi, sebab sakit yang amat. Makan lagi pain killer. Sekarang, baru ok sikit.

6 comments:

  1. hmmm
    induce
    pergghh
    aritu bln 4 time brnkkan zahraa'
    induce awal
    dekat 8 jam thn sakit
    uishh.
    last2 ceasar tpi still sakit lagi sbb nak msukkan epidural tu smpai 3 jarum
    hmm..
    induce boleh thn lagi tpi bile ceasar..
    nak mnjaga smpai la ni..

    ReplyDelete
  2. bravo....!!
    assalamualaikum Adlam Iman!!!!

    ReplyDelete
  3. ayin...
    Alhamdulillah....
    congrats congrats....

    sakit memang sakit...beranak memang sakit, in duce ke ...apa ke...tetap sakit...kan kan??? sabar ye.

    hope u're ok.

    how's baby? baby's picture please :)

    take care babe.

    ReplyDelete
  4. yuuuhuuuuu.......
    apa cerita....????
    :)

    ReplyDelete
  5. Merci semua yer... hehehe....

    Sidratul Muntaha- sabar yer.. i pun cuak haritu masa 34th week kan baby tak pusing lagi. I tau sakit coz my sister 3X ceasar.

    The womanish-heheh.. betul, camner cara pun bersalin memang sakit...

    Dr Singa- heheh....

    ReplyDelete
  6. bestnya sekali je teran dan tak jahit tak koyak. sakit meneran ( buasir sampai sekarang) dan sakit jahitan memang berat bagi saya.

    ReplyDelete