6.7.10

Merangkak untuk kasi kepala baby pusing bawah?

Betul ker ni??? Ni my friend juga la yang bagitau, katanya sis in law dia buat, pastu menjadi. heheh... Masa jumpa Dr Halim, ada tanya dia, dia antara senyum ngan gelak. Segan pulak nak bagitau dia dari mana dapat idea ni.

Tanya Ayus, untuk second opinion:

saya: betul ker yus, kawan kak ngah kata kalau merangkak kepala baby boleh turun bawah.
Ayus: hehe... apa  Dr kak ngah cakap?
saya: mostly 70% cases, last minute, kepala baby turun bawah.
Ayus: ha, betul la dia cakap. Tak pernah pulak, kitaorang belajar dulu, kena merangkak nak bagi kepala baby pusing bawah.
saya: hehhe...  (nasib baik ada doktor dalam family, tak ler malu nak tanya soklan bodo2 macam ni )

Saya pun tak der la merangkak. Nanti kalau Amirul n Arman tengok apa diaorang kata..sure gelakkan saya punya... lagi pun buruk benor rupanyer dah boyot-boyot ni merangkak.  heheheh

No comments:

Post a Comment