21.8.10

dugaan

16 Ogos 10 (Isnin)

Saya ingat saya kuat
Mampu tahan air mata

Bila doktor bius terangkan prosedur pembedahan dan risiko yang kemungkinan berlaku.
Lidah jadi kelu. Saya hanya mengaguk2 tanda paham.
Bila sign sahaja, air mata jatuh berjurai.

Iman genggam jari saya, tak putus2 saya katakan padanya' be strong sayang, ibu tunggu iman'.
Berat nak lepaskan dia ke OT.

Doktor kata hanya 2 jam setengah sahaja. Iman masuk OT jam 1130pg.
Tiba jam 4 petang, sahaja air mata jatuh lagi.
Risau. Takut.

4:55 ptg, nurse minta saya masuk ke OT, katanya Iman stabil.
Syukur ke hadrat Ilahi.

18 Ogos 10 (Rabu)

Amirul pulak warded kat HKL. Demam + Eczema. Saya call dia, sambil nangis. Minta maaf tak dapat temankan dia di hospital.
'Ibu jaga Iman, Opah jaga abg, bibik jaga arman', katanya.

20 Ogos 10 (Jumaat)

Amirul keluar hospital. Syukur. Besday dia hari ni. Saya tak sempat beli hadiah pun.
Iman masuk OT lagi hari ni. Doktor nak buat TPN. Masuk line kat dada dia. Sekali lagi, berjurai air mata di luar OT. Syukur.Iman stabil.

Masih risau.
Jiwa tak tenang.
Takut.

2 comments:

  1. salam, harap Iman semakin sihat

    ReplyDelete
  2. salam little mama,

    syukur, Iman stabil. tapi still bawah pemantauan doktor.

    ReplyDelete