26.8.10

Adlan Iman 1 bulan

Hari ni Adlan Iman satu bulan.  Macam-macam yang diharungi setakat ni.  Jaundice to blood transfer to duodenal stenosis operation  to TPN operation.

Kalau tengok kesan operation kat badan dia, tak sanggup saya. Kat pinggang dari hujung kanan ke kiri. Kat dada ada kesan tebuk TPN.

Syukur, dia kuat semangat melalui semua dugaan ini. Hari ini, genap dia sebulan, doktor bagi dia buka puasa. Doktor suruh saya bagi dia BF (breast feed... my hubby tanya, saya cakap boyfriend ...)... hadiah besday yang best sekali. so, hari ni mood dia bangus sangat.. kalau tak selalu nangis, haus.....Dia pun dah boleh senyum-senyum..... bila tengok... lerai semua penat saya selama 3 minggu ni...


Saya sekarang dah boleh gelak ketawa.. berbanding 2 minggu yang lepas.. menangis tak sudah-sudah. baring nangis, jalan nangis, duduk nangis, tidur pun nangis.

Kengkawan kata, saya kuat... sebenarnya tak pun..  tak ada ibu yang nak diduga sebegini. Namun sebagai ibu juga kita kena cari segala kekuatan yang ada  demi anak-anak.

4 comments:

  1. BF
    susu terbaik ..
    continue bagi tau!!

    ReplyDelete
  2. iyer drsinga... kita bagi BF selang seli dengan susu masuk ikut tube.. semalam susu tube ( susu badan) 9 ml. hari ni dah 15 ml. tp dok suruh jarakkan waktu BF sebab nak bagi iman more nergy nak naikkan berat badan dia. ada pil untuk banyakkan susu, drsinga? tq.

    ReplyDelete
  3. ada..
    maxolon..
    domperidon..
    tapi kena ada suckling kat nenen tu baru dia boleh tambah susu.. to a certan extend..

    ReplyDelete
  4. Good to here Iman makin sihat :)

    ReplyDelete