14.8.10

anugerah dan kesyukuran

Saya sambut birthday yg ke-34 di hospital hari ini.

Adlan Iman masih puasa since blood transfer hari Isnin. Doktor ada masukkan tiub dari hidung ke perut, nak check isi perut dia. Saya cuma boleh basahkan bibir dia dengan air zam-zam. Org sambut Ramadhan pun so far dah 3x buka puasa. Semalam dah buat ultra sound dan x-tray.

Malam ni, baby Iman dipindahkan ke ward utk pembedahan. Paed surgeons kata baby Iman mengalami duodenal stenosis. Maybe Monday ni operate.

Untuk birthday saya kali ini, saya bersyukur atas semua anugerah yang Allah SWT beri sehingga saya bernafas ke detik ini. Saya bersyukur diberi kesihatan yang cukup baik agar saya boleh menjaga anak-anak dan hubby.
Saya bersyukur dikurniakan 3 org cahaya mata. Ada org lain kawen berpuluh tahun pun tak de.
Saya bersyukur mempunyai hubby yang memahami, mencintai, menghormati saya sebagai seorang isteri. Lebih2 di kala kami diuji dengan dugaan ini.
Saya bersyukur kerana dikurniakan ibu dan ayah serta mertua yang sentiasa menyayangi saya dan hubby dan cucu2nya.
Saya bersyukur kerana mempunyai adik beradik yang sentiasa menyokong dan mengambil berat tentang saya sekeluarga di dlm apa jua keadaan.
Saya bersyukur kerana ada biras, abg ipar, adik ipar yang saya yakin akan meneman dan membantu saya sekuarga dikala senang dan susah.
Saya bersyukur kerana ada saudara mara dan teman-teman yang sentiada bertanya khabar.
Saya bersyukur hidup di bumi Malaysia.

Hidup ini satu anugerah. Syukur Alhamdulillah.

4 comments:

  1. peluk cium untuk Adlan..
    doa untuk dia dari saya

    ReplyDelete
  2. salam kenal..happy birthday yer..

    and hope your son will get well very soon..

    ReplyDelete
  3. happy belated bday....
    Semoga baby iman cepat sembuh. Take care.

    ReplyDelete
  4. Dr singa..
    InsyaAllah, nanti saya bisikkan kan telinga dia.

    Iydzar,
    terima kasih atas doa. salam persahabatan dari saya.

    The Womanish,
    terima kasih atas doa... arggg... 34 tahun ni. teringat komen tu, kata "bila iman 20 tahun, ibu pulak dah nak pencen" hehehe

    ReplyDelete