2.8.10

Cita-cita baru saya

Waduhhhhhhh.... Sakitnya bukan kepalang.. Dah 3 malam tidur duduk jer, sebab kalau baring macam ada batu besar menekan-nekan kat dada ni. Hah? Apa lagi... Bengkak susu ler... Ini terjadi hari ke-3 hingga ke-4 (khamis-jumaat).. Macam nak migrain pun ada. Time macam ni, biaser la org laki, dia bukan nyer faham sakit camner. Agaknyer kalau saya tak menangis menanggung sakit.. Perkataan yg keluar pasti 'Wow!!' Mana tak nyer.. Elok-elok saiz bra nasik lemak RM2 (nasik + sambal biasa+ kacang+ ikan bilis+ telur rebus suku) BERTUKAR kepada nasik lemak RM8 (nasik lemak RM2 + kerang+ sotong+ paru+ ayam+ rendang daging+ daging salai mungkin).



So, hari jumaat tu gi jumpa gynae... Dr Asmah kat Damai. Dia pun terperanjat, banyak ketul2 kat situ. Sampai ada kelenjar bengkak kat ketiak kiri. Sebab hubby nak kejar flight tengah hari tu, doc suruh datang semula petang tu.. Nak men'spa'kan itu barang.



Petang saya drive ke hospital... Dr Asmah ajar teknik urut pada itu barang, sapu minyak baby, tuam dengan kain yang direndam ngan air suam.. Then urut lagi, then pam.. Dia suruh buat macam tu every 3 hours. Saya dapat ponstant dan cloxa.



HASILNYA... Itu barang tidak lagi menjadi satu bebanan. Walaupun hari ini masih ada ketulan2 kecik kat itu barang belah kanan, saya dapat tidur baring dengan penuh keselesaan dan ketenangan. Saya memang cukupbersyukur dan berterima kasih kat Dr Asmah, hari ni buat follow up saya kata kat Dr Asmah lepas buat apa yg doktor suruh, rasa lega betul,kalau doktor ada depan saya, saya dah peluk doktor tanda terima kasih.. Dia gelak jer... Dapat pesakit yang 'over' macam saya! Besar pahala doc gynae ni... Kalau boleh diulang masa, cikgu kat sekolah tanya apa cita-cita bila besar nanti.. Konfem saya cakap 'Gynae'!



 bender2 yang penting ketika bengkak susu



My hubby belikan sikat khas, ikut petua orang tua.. ( before jumpa gynae).. siap pink color lagi... nasib baik dia belum sempat belikan kobis khas...  

3 comments:

  1. hehehe...kesiannya....
    bagai 2 batu besar kan!!!!
    tuam dgn air panas leceh...nak kena perah2...
    ko rebus telur.. bila telur..(telur ayam ya...telur yang lain bannnyak bahaya..)tu dah kurang panas..ko tuam kat itu benda...tak payan berbasah2an...

    ReplyDelete
  2. tak bagi baby breastfeed ke?

    Alhamdulillah I tak kena bengkak susu, sbb tak sempat nak bengkak dah bagi baby agaknya. Hisap sebelah, basah sebelah.

    ReplyDelete
  3. Dr Singa, hehehe... betul, sy beli 'breast confort'... panaskan dalam microwave dan boleh selit kat bra... siap boleh jalan-jalan lagi... hahahha.. (sepatutnya kena baring). Merci utk tip baru.. guna telur.. 1st time dengar.

    The Womanish... BF, tp dia tak minum banyak.. I pump jugak, tp ntah.. still bengkak.. Untung la u... tp tak per la.. sekarang dah tau nak buat camner..

    ReplyDelete