4.8.10

Kambing dan Unta

Kemarin Adlan Iman masuk hospital sebab kuning.. tinggi juga dalam 280. Pagi tu sebenarnya, saya dan amirul yg ak berjumpa doktor. Saya sebab bengkak susu dan Amirul pula demam. Jadi saya angkut semua ke hospital . 

Kebetulan, Dr Wati terus ambil darah Adlan Iman, kata balik rumah dulu, nanti kalau  dah dapat result, dia akan call... baru jer sampai rumah,  minum  milo, Dr Wati call.. sempat bebudak tu jer yang makan.. then kami pergi semula ke hospital.

Ni nak masuk 3 hari dah ulang alik ke hospital, BF kan Adlan Iman. Semalam sempat pergi  2 kali jer, tengah hari dan malam.. petang tak sempat sebab pergi Giant beli barang dapur sikit. Balik penat, tertidur sampai jam 6. 

Hari ni, ingat nak cari susu kambing... nak minum. Confinement lady kata, minum susu tu, nanti BF baby, dia pun dapat sekali. So hari ni selain  pergi hospital BF dan bagi stok susu, saya nak pergi cari susu kambing kat farmasi. Maybe singgah Giant kat permata, sebab stok ikan haruan dah habis...

Aishhhh..... serupa tak berpantang, drive sendiri ke sana sini. Doktor n nurse kat hospital pun risau tengok saya.  Nak wat camner kan. Kena la jadi superwoman kejap. Bila org tanya, tak kan la drive sendiri.. husband mana???? ha, tu yang buat sedih tu....

Tak per la, ada hikmah di sebalik ini semuakan.... saya redha... ini ujian Allah...

Nak sedapkan hati saya, setiap kali orang tanya kenapa drive kereta sendiri.. Saya cakap dalam hati...' ok jer... drive kereta auto,  still boleh kepit peha lagi.  Bukan nyer  naik unta, nak kena celapak duduk antara dua bonggol!'  ;) hehehh..

Hidup kena positif, kena ceria... buat yang terbaik segalanya pada hari ini... kerana tak pasti apa yang berlaku esok hari..


 Iman dan Arman...
ala... cian kat dia....

4 comments:

  1. alahai cian nya....
    My baby Rayyan itu hari pun kena kuning masuk hospital, tapi I stay together.

    Baby Rayyan susah nak duduk diam dlm bassinet tu, baby Adlan ok ke?

    yes, you minum susu kambing. Tapi jgn baby, bahaya sbb kidney baby terlalu kecil nak proses. Kalau ikut petua, org suruh bagi baby susu kambing, tapi doctor yg bgtau I actually tak boleh.

    I doakan Adlan will get well soon.

    And for you, tak dpt berpantang sepenuhnya, at least pakai stokin and makan lah ubat2 yg memanaskan badan...should be ok...be positive, no worries....take care!

    I gave you an award for your blog :)
    Check it out http://thewomanish.blogspot.com/2010/08/sunshine-award.html

    ReplyDelete
  2. pssst!!!!
    jangan bagi susu kambing Yang!!
    esp yang fresh tu!!
    tak payah bagi!! baby perlu cukup susu (ibu @ botol)kalau tinggi sangat bilirubin...kena fototherapy...susu2 kambing tu..tak de effeknya nak turunkan kuning tu...
    :)

    ReplyDelete
  3. the womanish: thanks for the award. muahhh! thanks for the doa. really need it.

    PHM: thanks ya. that what mothers do kan... untuk anak2, kita buat segalanya...

    Dr singa: ohhh.. yer ker??? nasib baik tak minum lagi.... thanks yer...

    ReplyDelete