29.8.10

pejam celik, pejam celik

Masuk 3 minggu stay kat hospital ni jaga baby Iman. Syukur dia bertambah baik. Doktor kata lagi 3 minggu lagi stay sini. Nak pastikan Iman betul2 ok dan nak buat test mata, telinga dll sebab takut ada effects masa jaundice dia tinggi tempoh hari.

3 minggu lagi, maknanya raya kat sini la... mula2 tu saya rasa ok... tapi bila dah nak dekat raya ni, hati  melonjak-lonjak nak beraya dengan family.

Mana taknyer, bulan Nov ni, masuk tahun ke -7 aniversary kami. Tapi sekali pun tak pernah sambut hari raya aidilfitri bersama suami. Setiap tahun saya balik raya rumah keluarga saya. Keluarga mertua saya balik bila nak dekat habis cuti. Yang sedih, Amirul dah paham sangat, bila time raya, sepupu2 cium tangan ayah, dia hanya ucap hari raya dengan ayah dia kat telefon sahaja.

Kali ni raya sepatutnya paling best sebab 1st time  saya dan anak2  beraya dengan ayahnya. 1st time sambut raya rumah mertua. pastu dah jadi camni...

Kat ward ni, nurse2 dah hias ward ni sesuai dengan sambutan raya. Ada angpow hijau kat dinding, ada lampu kelip2, pelita bambu pun ada, ketupat gantung, plastik kilat2 kat siling. (sekali toleh macam depaavali pun ada gak, kecik hati nurse kalu dapat tahu. penat diaorag panjat semalam).

kawan2 yang keluar hospital 2-3 hari ni dengan senyum sampai ketelinga cakap kat saya 'takper arr, raya kat hospital, nanti dapat hamper'.

elehhhh... hamper??. bukan tak bersyukur dengan rezeki yg diterima. Cuma apa lah sangat hamper tu compare dengan masa yang saya dapat spend dengan family....

2 comments:

  1. Sedihnya dengar....

    Tapi, yang paling penting baby Iman sihat kan :) ALhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. ierr.... saya masih boleh bersenyum bila lihat keadaan dia kini

    ReplyDelete