23.8.10

umpama kepompong

Dah 2 minggu dok kat hospital ni.... tak tengok tv, jarang baca sokkabar. tak tau apa berlaku kat luar. berita best: hukum mati bagi mereka yang buang bayi (tu pun perasan masa  dok depan OT, tunggu Iman punya operation)

Memang saya emotional. Memang bagus hukum bunuh jer mereka yang bersalah. Elok tu. sekeh pala mereka.

Tau tak?? Betapa ramai orang nak anak, tp tak dapat. Betapa ramai orang nak anak yang dilahirkan sihat, tp dikurniakan anak yang sakit...

Semalam saya balik rumah  dalam tengah hari... saya pandang langit... cantiknyer matahari... Dah 2 minggu tak nampak matahari, saya macam jakun tengok kereta banyak sangat kat federal hw, saya macam jakun tengok kuih muih, ikan bakar bila pergi 'param' (pasar Ramadhan)...

Seronok balik rumah.. main guling-guling, gusti-gusti ngan amirul n arman, rindu dengan gelak tawa mereka.. bila teringat iman, tetiba saya menangis..

petang gi hospital balik..... dok dalam ward.. bagaikan kepompong...

doktor kata lagi 4 minggu kami kat sini....


2 comments:

  1. kesiannya budak 2 orang kat rumah tu...
    be taf... be strong ayin...
    the worst is over kan....
    doa dari saya..
    :)

    ReplyDelete
  2. ye...sabar bnyk2. InsyaAllah everything gonna be OK soon. Pantang kat hospital lah kali ni ye.

    ReplyDelete