2.9.10

kawan baru saya

dia comel
dia kuat
dia suka menyanyi
dia ada aura

kawan baru saya umurnya 5 tahun.  satu bilik ngan kami 4 hari lepas. saya kerana sibuk dengan  baby Iman, tak menyempat nak tegur keluarga dia pada awalnya.  Hari ke-2 dia masuk terus kena operate. bila nurse usung katil dia, melepasi katil saya. dia sempat tersenyum kepada saya. saya kata kat dia 'be brave'.

selalu senyum
balik dari OT, masih tersenym lagi.
bila tangan bengkak, mama dia temankan, doktor nak masukkan IV baru. masih boleh senyum lagi.

doktor n nurse suka sangat kat dia.  bilik ni selalu terdengar dia membaca buku atau menyanyi...
setiap kali prof, doktor datang round pagi, dia akan kata 'good morning'. heheheh comel....

2-3 hari ni saya sempat beborak dengan mama dia. She was premature baby,  the 2nd day, dah kena operate, sehingga kini tak tahu dah berapa kali operate. setiap kali tengok dia, saya rasa kuat. saya rasa semangat nak melalui dugaan ini.

hari ini saya tanya dia, "mei-mei. ni  xiao shenme mingze?' 'Lee Zixuan' kata dia seperti biase sambil tersenyum. saya tanya lagi ' Ni yao bu yao facebook ma?'  'Yao!' sambil  dia tersengeh-sengeh.

"mei-mei, i send u request to be wo de peng you, ni accept me, meh'  'Hao!' dia datang dan type email add dia kat lap top saya.

Comel kan dia. youtube pun dia tahu tau...

Note: ejaan mandarin tu ntah betul ker tak.. tapi sebutannya macam tu le.. heheheh.. banyak kali makan kepala ikan... manyak lupa maa......hehehe

2 comments:

  1. antie nak add Zixuan jugak boleh???
    :)
    eh choppp....
    antie dah delete akaun fesbuk la...
    .
    berapa berat Iman now, Ayin??
    :)

    ReplyDelete
  2. DrSinga, berat dia 2.36kg semalam timbang. syukur. berat lahir 2.3kg. Esok doc nak stop kan TPN n lipid (betul ker tak ejaan dia)heheheh..

    ReplyDelete