19.9.10

macam2 peel di pagi raya

hahah.... ni bila teringat balik, senyum2.. masa berlaku tu, macam nak sepak jer bibik tu (sepak tangan, bukan sepak kaki yer)....

Saya dan baby Iman dapa balik rumah setelah sebulan seminggu dok kat hospital tu. Hari Rabu, 2 hari sebelum raya. Doktor bagi kami beraya kat rumah. sebenarnya saya pun tak jangka dapat balik. dah redha beraya di hospital.

Hubby pulak  dapat balik cuti seminggu ( yeayyy).. Amirul, arman dan bibik awal2 dah hantar balik bangi (rumah mertua).. Saya dah ingatkan bibik baju jubah untuk  mirul dan arman bawak sekali balik bangi. daia cakap 'ya ibuk'. ok la.... malam raya, saya suruh dia gosok baju baju jubah hubby dan budak2. dia kata 'ya ibuk'.. ok la...

pastu pagi, saya terdengar dari bilik bawah, hubby saya kata ' la, kamu tak bawak ker bibik? abistu yang saya beli kopiah utk budak2 buat aper?'  saya pun macam heroin hindustan, berlari turun ke bawah. hah!!!!! bibik boleh tak bawak baju jubah budak2 nak pakai pagi raya!... ( sekarang ni saya menyalahkan diri saya sendiri, sebab tak check... TAPI.. yg dia dok iya ibuk, iya ibuk tu aper???)

Geram betul, saya pun berlari balik naik bilik dan menangis... macam cerita hindustan... Hubby dok pujuk... kata bebudak boleh pakai jeans n tshirt raya.... arrghhhh... tak sama... saya macam tak nak bergambar satu family pagi tu.. merajuk..... amirul pun menangis sama.. merajukkk (mmrmmm... memang anak ibu)

to my hubby yng cuba jernihkan keadaan....saya sedih sebab it was not just about baju raya anak2 tu, it was because it was the 1st time saya beraya dengan hubby dan 1st time bebudak tu beraya dengan ayah dia... I had been waiting this moment for the past 7 years tau....so, plan nak la jugak bergambar satu family...

nak jadikan cerita, bila amik gambar dengan keluarga mertua, mirul tak der dalam gambar sebab tak abis menangis dan merajuk.. dan arman yang paling best, pakai baju tidur ultraman dengan isap botol susu!

nak tempek pic kat dalam blog ni pun malu......

selamat hari raya semua... maaf zahir dan batin...

3 comments:

  1. hahahaha!!!!
    syabas inspektor sahabb....
    semua hindustan...
    ko nangis2 sembam muka atas katil eh??!!
    :)

    ReplyDelete
  2. hahahah..... ooo.... gelak yer......

    ReplyDelete
  3. hehehee..tergelak baca. Tapi kan ayin, kira akan jadi memori terindah gitu, untuk kali pertama sambut raya dgn hubby n anak2 selepas 7 thn menanti, satu kelainan.

    Anyway, selamat hari raya. Syukur your baby dah sihat.

    ReplyDelete