21.10.10

Amazing Race PPUM

Ini citer last week.
Disebabkan baby Iman punya jaundice tinggi, paed suruh buat semua check up. Jadi saya pulun dan terkejar-kejar dan merayu agar semua test dapat dibuat this week. Betul-betul terasa macam peserta amazing race... pegi klinik ni, pastu tanya kat mana next klinik. Nasib baik ler PPUM tu tak sebesar HKL sampai kena naik shuttle.

Ini citer  minggu ni:
Isnin: Free (kerja macam biaser)
Selasa : Pead surgeon & ENT
Rabu: Echo
Khamis: Audio
Jumaat: Paed

Tadi buat 'echo', staff nurse tu kata warna2 yang keluar kat screen tu macam ada sesuatu yang tak kena kat jantung Iman :(........ sob..sob.. Tapi dia sendiri tak sure, so kena tunggu hari Jumaat biar doktor explain.

Risaunyer..... tak tenang.... luar saya cuba buat macam biaser, gelak2, usik kawan2 kat ofis, kat FB... atau buat craft, sedikit sebanyak dapat lupakan perkara ni kejap...

InsyaAllah, semoga Allah beri kami sekeluarga ketenangan dan kekuatan menghadapai apa jua dugaan yang datang. Amin.

Untuk Iman: 'Sayang... ibu, ayah,abang mirul dan abang arman sayang sangat kat Iman, kuat yer sayang... kita hadapi sama-sama, InsyaAllah'.

3 comments:

  1. kak ayin, ibu yang kuat, ibu yang tabah! :') m so sorry for what had happen pd iman, insyaAllah makin kuat ibunya, begitulah juga anaknya :') as ikut do'akan sama-sama ye? ♥

    ReplyDelete
  2. kita tunggu esok dgn debar jugak...

    ReplyDelete
  3. salam as, thanks for jd follower n thanks for ur support.

    drsinga: esok nanti saya update, k.. :(

    ReplyDelete