22.11.10

Grand Borneo

kami stay kat Grand Borneo... ni lagi satu nak rekemen... kalau rasa nak cari hotel yang bukan tepi pantai.. saya suggest cari kat hyper market 1 Borneo.. kat situ ada 2-3 hotel.. boleh pilih, sebab apa yang best kat situ? sebab hotel dia bercantum ngan shopping complek.. so kalau ada yang saja berjalan sambil ikut hubby pergi kursus, so tak der la boring... kat situ jugak ada klinik, sebelah hotel, pastu ada CIMB dan RHB bank... ada tempat sewa kereta.. ada pondok polis, macam one stop centre... tapi kalau nak pergi pasar filifin tu nak cari mutiara jauh lahhh........ tu korang kena nginap kat hyatt... dia punya sub ekor paling best.. serve ngan nasik, sambal belacan, dan keropok.. nyum..nyum... ( tertelan2 air liur buat N3 ni)

Ok citer pasal grand borneo pulak.... harga RM200 satu malam... tapi bilik besar sesuai kalau bawak anak2... makanan kira ok lah... tapi staff kat situ best , peramah.... ni kes arman terantuk dahi dia kat meja letak hidangan tu.. benjol, huihh.. manager (kot, tak tanya plak) dia siap datang minta maaf, kesatkan airmata, kesat air hidung... wwoooo... ramai plak yang kerumun arman termasuk lah mat2 saleh...  diaorang siap tuamkan ais kat dahi arman, sampai benjol tu surut.. heheheh....


Grand Borneo dari jauh 


dinding yang memisahkan katil dan bilik air adalah dinding kaca,
jadi sebelum berlaku apa2,elok tarik turun tabir dia... hehehehheh

 suka saiz bilik dia.. berbaloi dengan harga..

Bilik air pun besar...

standard size.... kira ok lah.. nak besar mana lagi...

diaorang jer penuh katil ni...




No comments:

Post a Comment