21.11.10

kebulur

Kat McD, kami tapau fries n nugget. Kat bilik menunggu tu, baru saya bagi mirul n arman makan. Laju jer diorg kunyah

Mirul: ibu tak makan ker? Naper ibu tak makan?
Saya: tak per la, ibu bagi anak2 ibu makan, biar ibu berkorban.

Bila perut saya berkeroncong, tengok fries macam sedap jer, saya pun amik la satu makan, tetiba
Mirul: eh..eh.. Tadi kata nak berkorban, naper sekarang makan pulak???

Malu giller saya, dah lah kuat, org2 kat situ pun gelakkan saya.
Bila dalam flight, bebudak ni adussss... Kalau takk gaduh... Bila dah berbaik tu diaorg pun gurau, ketawa melekek-lekek tak henti.. Camner nak kontrol..

Time makan, saya bagi diorg makan dulu.. Bila dah abis, saya pulak nak makan. Baru satu suap, ' ibu, arman buat...' Tak jadi nak suap... Baru nak suap 'ibu, tengok niii arman....'. Baru 3 suap... Perasan diorg koyakkan majalah... Aduhhhhhh... Saya panggil stewardess amik jer la balik makanan ni....

Sampai kat airport, bila kua jer nampak hubby dah sengeh2 menunggu..

mereka tetap buah hati saya...

No comments:

Post a Comment