18.11.10

Raya Kami

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan kepada kami untuk menyambut Hari Raya Haji kali ini.

Seperti tahun-tahun yang sudah saya beraya dengan anak-anak sahaja. Hubby tak dapat cuti, dia tak balik. Pagi-pagi kami bersarapan pagi, then menonton TV dan bersiap pergi rumah Auntie Dahlia ( mama kepada biras saya). Auntie Dahlia memang pandai masak. kalau dia tak jemput pun, kami (esp saya) akan datang ke rumah sana. (muka tak tau malu!) Lepas makan dalam 2-3 round (menu masak lodeh, sambal kacang, rendang ayam,laksa penang)  pergi ke rumah mertua di bangi. Itupun kami tumpang kereta abang ipar saya. (Lepas kejadian saya buat breek emergency dan arman jatuh tertonggeng, kepala berdarah, saya dah tak berani drive jauh-jauh).

Lepas bersalam-salaman dengan ayah dan mama, kami tido, then petang bangun makan.... hehhhe... macam tak der beza dengan hari biaser... sebenarnya, raya akan menjadi lebih menarik dan ceria kalau hubby ada :(  cuma bestnyer raya ni, amirul, arman dan iman beraya dengan jubah raya.... bukannyer macam raya yang lepas :)

SELAMAT HARI RAYA HAJI  dari saya dan anak2 kepada semua...

No comments:

Post a Comment