25.11.10

sukan kita, orang kita


9 tahun dulu saya ada pegi ke bukit jalil tengok perlawanan hoki Malaysia vs australia... ntah tak ingat sempena perlawanan aper. tiket pun kawan yang belanja. kami gi satu group dari opis. masa tu saya kerja kat smart computing, kinrara.

masa tu, bila Malaysia dapat1-0, bergegar org kita jerit ' Malaysia boleh'... dengan penuh semangt. siap ada yg bawa gendang, kompang sebagainya... tapi bila australia lead 2-1, terus dengar 'Malaysia bodoh'...... banyak-banyak kali... orang sebelah saya (bukan kawan saya) siap cakap.. pemain ni bodoh, yg tu bodoh... semua lah bodoh, tak pandai main, macam-macam..

saya masa tu geram sangat...  hallo kawan, tolong lahh... kalau awak rerar sangat sure awak yang  main kat padang tu  kan?? naper plak dok sebelah saya?? (psssttss...S. Kuhan adalah x-schoolmate masa di PD, emak dia ajar saya English)

satu lagi, masa tu banyak delegasi dari negara luar yg datang tengok termasuk pemain-pemain dari pelbagai negara... kalau diaorang tahu makna 'Malaysia bodoh' macam mana? tak ker malu.... nak kutuk pemain pun jangan lah sampai kutuk negara sendiri... (Saya Memang Seorang Yang Patriotik)

sejak tu, saya tak pernah jejak kaki tengok apa2 perlawanan... 9 tahun berlalu...... saya ingat mentaliti dan perangai org Malaysia ni dah berubah... dah matang... bila saya tengok kejadian berdarah masa perlawanan piala Malaysia... mengucap panjang saya... walaupun saya ada anak lelaki 3 orang... nak bawa diorang tengok games ni memang tak der dalam list saya.

Tahniah buat pemain hoki Malaysia.. semoga kejayaan bersama anda!

No comments:

Post a Comment