9.12.10

dan sebenarnya... (part 1)

'Khas untuk doktor' adalah N3 meroyan.... jadi bila dah meroyan, macam-macam kita tulis.... yang jadi mangsa,  doktor....hehehehe... Bila orang baca, sure tak paham.. apa yang berlaku.. saya baca, saya pun keliru... meh sini saya cerita....

ingat  kisah 'berat' saya lepas? Appoitment Iman dengan doktor pakar bedah jantung kanak2 kat Gleaneagles. Kat situ jumpa Dr Chan dan Dr Lim. Dr Lim ni banyak kali keluar sokabar, sebab banyak kes jantung kanak-kanak refer kat dia, buat operation. Kat IJN  memang ada, tapi Q panjang. so sapa nak cepat kena gi sana. cepat tapi duitnyer plak.

Masa saya dan hubby bawa Iman pergi sana. Mula-mula tu pergi sana jumpa Dr Chan. Dr Chan tengok Iman saja terus dia tanya Iman ikut muka siapa. Saya cakap dia (merujuk kepada hubby saya yang duduk disebelah). Pastu dia tanya, muka Iman ada sama ngan adik beradik yang lain, saya cakap, kalau bentuk muka ikut anak no2 sebab, anak no1 muka bulat ikut saya. pastu dia tanya, hidung dia ikut siapa... aikkkk peliknyer doktor ni, hidung pun nak tau..... saya kata  tak ikut sapa2, sebab hidung abang2 mancung.... saya dah berdebar2, pastu dia kata nak buat ECG dan Echo dulu.

Lepas, buat Echo dan ECG, Dr Lim datang... dia pun baca report.. pastu bagi tau, Iman ada Mild Pulmanory Stenosis. Salur darah dalam jantung dia sempit. Dia kata tak perlu pembedahan sekarang. Dr Chan dan Dr Lim explain sampai saya dan hubby paham. 

Kemudian baru Dr Chan tanya pernah dengar tak WILLIAMS SYNDROME? sejujurnya saya kata tak pernah dengar. Down Syndrome atau Autism memang pernah dengar.  Dr Chan kata dari segi muka... Iman ada ciri WS ... hidungnya.... dan keadaan jantungnya.  Dr Chan suggest Iman buat test kalsium. sebab antara ciri WS adalah Hypercalcemia (kandungan kalsium dalam darah tinggi). Kalau betul nak confirm kena buat FISH (Fluorescent in situ hybridization)... saya bagitau kat PPUM dah amik kromoson test (tak sure FISH atau lain, sebab doktor just bagitau kromosom test shj), cuma belum tahu result apa. Bila buat test kalsium, memang kalsium dalam darah  tinggi. Dr Chan minta saya cari susu yang rendah kalsium. Esok tu, terus pergi kedai cari susu, dalam 15 jenis susu saya longgok depan saya, Nasib baik taukey tak marah. Yg saya jumpa paling rendah kalsium dalam 15 jenis susu ialah brand 'snow'.  Bila bagi iman minum, sehari semalam dia tak berak pulak. Saya call Dr Chan, dia kata bagi balik susu asal, kalau dia punya calsium  sederhana. So sampai sekarang Iman minum Anmum dicampur sikit dengan susu ibu susuannya.. hahhh... tu N3 lain ehhhh...

For the next 2 weeks tu, hidup saya hanya google, copy and paste semua berkaitan Williams Sydrome... Start dari situ, walaupun belum confirm, saya bawa  'Health Care Supervison for  Children with William Syndrome' yang saya amik dari  American Academy of Padeatrics setiap kali jumpa mana-mana doktor.  Saja jugak print info dari  Williams Syndrome Association.  Sebab William Syndrome  jarang lah sangat berlaku.. dalam dunia ni 1: 10,000 babies... maknanya,  dah jumpa 10,000 babies baru ada sorang macam tu...  Statistik kat US pulak 1:20,000-30,000. Kat Malaysia, rasa-rasaya macam mana?

No comments:

Post a Comment