14.12.10

Dia yang saya kenal... Chik Inn

Masa study dulu, dia mmg idola saya. Mmg bercita2 nak kerja kat TV3. Nak jadi macam dia... Sapa dia?? Chik Inn...ramai yang kenal dia dengan nama Mazlin Nordin. Yang pelik, ntah kenapa, lepas abis study, saya tak pernah hantar resume kat mana2 stesyen tv.. Heheh.. Sampai sekarang saya masih tak tau kenapa.

Saya suka kerja saya sekarang. Suka sangat bender2 yang mencabar. Memang kat sini rezeki saya. Tahun lepas, rezeki dan atas kehendak-Nya menemukan saya dan Chik Inn. Sempat berkerjasama dalam 4 kali Jom Heboh, share booth. Sebenarnya lebih kepada menumpang booth Majalah 3 (M3) dan ada 3 kali shooting dengan program  M3. Chik Inn bermurah hati buat special N3 pasal segmen tu sekali gus mempromosi blog saya yang tak seberapa ini.  Terima kasih Chik Inn... klik N3 khas Chik Inn.

Chik Inn seorang yang peramah. Masa berjalan kat jom heboh, baru saya tau macam mana rasanya jalan dengan selebriti, lima langkah jer org nak amik gambar2...lima langkah jer, org lain minta bergambar dengan dia. Dia juga merendah diri orangnya dan a good listener...bila time kerja dia professional dan serius. Sebagai penerbit Chik Inn akan pastikan setiap perkara dan setiap angle 'perfect'.  Dia akan sebut perkataan magisnyer 'action' maka nurul syuhada pun mula lah berkata2... Heheheh...Chik Inn akan tengok kat monitor kecik dan bila  dia sebut 'cut'...ada yang kena buat semula... Hehehe... Tahun ni, saya pregnant so, tak pergi ke Sri Pentas untuk melobi projek baru... Tahun depan, sampai boring la, org kat Sri Pentas tu tengok muka saya... hehehe...

2 comments:

  1. Terima kasih Junior.....Yang baik itu datangnya dari Yang Maha Besar dan yang lemah itu daripada diri kita sendiri....Justeru kita perbaikilah...sesungguhnya kita hanya menumpang sementara di dunia ini,jalinkan silaturahim dan berbaik dengan setiap insan di dunia ini....moga kita sentiasa dalam peliharaanNYA.....

    ReplyDelete
  2. Chik Inn....seronok berkawan ngan Chik Inn, banyak yang saya belajar... sabar...merendah diri...

    bangga saya Chik Inn conteng kat ruang komen nih.. selalu saya komen kat blogger senior, sure tak balas jejak...

    thanks Chik Inn..

    krem salam kat yang manja dan suka lilit2 tuh yer...

    ReplyDelete