6.12.10

ibu tak paham

Saya suruh amirul berhenti mengaru . Dia kata 'Ibu tak paham, sebab ibu takder kulit (eczema) macam abang. Kenapa tuhan tak bagi abang kulit macam ibu ngan arman?'. kengkadang saya jadi manusia yang terlupa. Anak2 mengajar saya untuk menjadi lebih bersyukur pada setiap nikmat Allah kuniakan.

Selama ini saya tak pernah besyukur Allah bagi saya kulit yang sihat. Walaupun kulit idaman saya  putih  melepak dan gebu macam pelakon Zizie (isteri Bung). Bila amirul cakap macam tu, saya baru tersedar. Saya bebas dan suka buat aktviti lasak ketika zaman study dulu. Bila pandang amirul makan ubat dan sapu krim, saya berdoa supaya dia cepat sembuh.. supaya dia boleh enjoy macam budak2 laki yang lain. berlari, melompat, berguling, berpeluh.... dan tak gatal.

Syukur, sekarang kulit dia bertambah baik. Dia dah pandai bubuh krim sendiri kadang-kadang. Bila malam dah tak payah pakai wet wrap. Sampai doktor kulit kat HKL kata, kalau ada class nanti, dia nak amirul demo kat budak2 ezcema lain cara2 sapu krim. :)

InsyaAllah semuanya akan bertambah baik...

No comments:

Post a Comment