17.12.10

mama, myra dan saya

Dulu sebelum kahwin, antara perkara yang saya takut ialah mak mertua (MIL). sebab macam-macam kan yang kita dengar. MIL garang. MIL suka mengongkong. MIL yang suka hasut. MIL yang berkira. Serius, saya takut.

Tak tahu macam mana dia boleh terima kita seadanya ker tidak.  Tak tahu sama ada dia confident yang kita akan jaga anak dia ker tidak. macam-macam yang saya fikir... what if... what if... 1001 perkara what if...

Syukur, 7 tahun usia perkahwinan kami, saya bersyukur sangat saya ada MIL yang BEST... orang nyer  'sporting' abis... boleh buat kawan, boleh citer kat dia macam-macam.. Mama memang the BEST... Saya dan Kak Long Myra (biras saya) menantu yang paling bertuah kat dunia.

Kami rapat dengan mama. Shopping sama-sama. Mama pandai bergaya. Kalau pergi kerja memang macam datin. Selalu mama pakai jubah moden pergi kerja. Memang lawa. Kalau kami bertiga jalan, memang nampak saya lah yang paling tak pandai bergaya. Sebab saya lebh suka pakai jeans and t-shirt. Kami  selalu pergi Ariani sama -sama kat Bangi. Sampai staf kat situ dah kenal kami bertiga. Kalau pergi sana, tak cukup korem, staf ariani akan tanya. Sempat kami register membership ariani sama-sama. Kak Long  Myra yang isikan borang mama masa tu.

Hubby saya seorang pelawak. Abang ipar saya pun suka buat lawak. Diaorang suka buat mama gelak. Kalau berkumpul, ada jer citer yang buat mama akan gelak kuat-kuat. Saya pun kengkadang cuba buat lawak. Walaupun saya tak tahu lawak ker tak, mama gelak jugak. Gelak pada lawak saya ker atau gelak pada saya. Saya tak kisah. Asalkan mama tergelak.

Saya sayang mama saya. Kak Long Myra pun sama. Lagi lah, Kak Long Myra kenal mama masa zaman remaja dia lagi. Sebab rumah dekat.

Awal tahun ni, doktor sahkan mama ada kanser. Kanser usus. Stage 4. Mama ada operate usus dia, tapi dah merebak. Masa tu doktor cakap ada 4 bulan sahaja. Saya jaga mama 3 bulan. Mirul pun pindah sekolah di Bangi. Sementara  adik ipar  (Ayus) habis study.  Mama kuat. Kami bangga dengan mama kami.  Ayah usaha nak sembuhkan mama selagi daya. Demi cinta. Demi sayang pada mama.  Buat rawatan kat SDMC. Alhamdulillah, mama berjaya melepasi ramalan doktor.

Saya balik  tinggal di wangsa maju lepas amirul warded kat HKL sebab eczema. Saya pun tengah boyot  dengan baby Iman masa tu. Dah tak larat nak ulang alik KL-bangi tiap2 hari.   Bila Ayus dah habis study, dapat plak jadi HO kat HKL. Maka dialah pulak yang ulang alik. 

Tadi ada missed call dari abg ipar.  Saya call  Kak Long Myra. Dia ngan abang ipar baru balik dari bangi. Mama sakit.....

Sekarang saya tak buleh tido. Saya cuba ingat balik kenangan kami bersama mama. Masa pergi bercuti, masa shopping, pergi melawat, masa raya, celebrate birthday, try cuba ingat lawak-lawak yang buat mama gelak.

Saya cuba teka warna kegemaran mama. Masakan kegemaran mama. Minuman kegemaran mama. Vaca kegemaran mama. Program tv kegemaran mama. Saya tanya. Saya jawab. Saya tak confident dengan jawapan saya. Saya rasa teruk sangat.....


Birthday mama lepas, saya buat handmade birthday card. Penuh dengan ucapan terima kasih. Terima kasih itu, terima kasih ini. Now saya sedar, patut saya buat card lebih besar. Sebab banyak sangat saya nak tulis sebenarnya.

Saya bagi card, sambil nangis. Saya cakap saya sayang mama. Kitaorang sayang mama. Sayang sangat. Mama balas.. 'mama sayang menantu-menantu mama' .. (akak, kita bertuah kan kak?..)

Semoga Allah beri kami kekuatan dan ketenangan menempuh dugaan ini. InsyaAllah.. Amin.

3 comments:

  1. mudah-mudahan mama sembuh cepat.well, mmg x ramai org baik yg membahagiakan org lain di dunia ni.

    ReplyDelete
  2. salam kenal...tq follow sy. Sy dah jd follower u yg ke 47...

    ReplyDelete
  3. belle, terima kasih....betul tu... setuju sgt..

    yenstory... wahhh.... terima kasih yer..

    ReplyDelete