23.12.10

Psstts......yang tua-tua itu....

Serius, saya tak sangka pula ada banyak makna berkaitan dengan perkataan 'tua-tua'.. Mari sini kita lihat apa maksudnya:

a. Tua-tua: kepala, pemimpin, presiden

b. Tua-tua kampung: penghulu

c.  Tua- tua keladi : orang tua yang berkelakuan seperti orang muda

d. Tua-tua kelapa: makin tua, makin bernilai

e. Tua-tua lengkuas, main tua makin buas: ..................

f. Tuan-tua  nipah: tua dan bodoh

g. Tua-tua rumah: ketua keluarga

h. Tua-tua tebu: main tua makin hebat

i. Tua-tua telur ayam: hanya tua sedikit sahaja

k. Tua-tua terung asam, makin tua selera main tajam: ....................

l. Tua-tua tupai, tidak tidur atas tanah: orang tua yang sentiasa riang gembira hidupnya.


Dalam banyak-banyak 'tua- tua' di atas, kalau suruh saya pilih, saya nak 'tua-tua tupai'.
Awak nak pilih yang mana? :)


Nota: dari Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan

6 comments:

  1. Thanks..banyak yang saya belajar hari ni..tua tua tupai..heheheh

    ReplyDelete
  2. hhehhhee... welcome DaddyZiyyad.. sharing is caring.....

    ReplyDelete
  3. hahahah... DrSinga, yang 'e' tu lebih kurang sama dengan 'k' hahahah.... betul ker? hahahahah (gelak besar saya hari niiii) pengakuan berani!

    ReplyDelete
  4. saya nak muda. taknak tua.kekeke.ngelat x>?

    ReplyDelete
  5. is, hahah.... neglat ...tak aci.. itu tiada dalam senarai.. :p

    ReplyDelete