26.12.10

Rindu pada bibik

Bibik cuti semalam dan hari ini. Walaupun 2 hari, sudah terasa rindunya... Elehhhhh... 'Rindu' bermakna... Huwaaaaaa.... Terkejar2 nak urusakan boys bertiga tu. Camner bila bibik buat? Nampak macam senang jer. Siap sempat masak lagi lauk budak...tu la bila tension kat opis, rasa macam nak berenti kerja jadi suri rumah...:) seronok konon...

Semalam saya mandi petang pun waktu malam! Cepatlah bibik balik petang ni. Ni lepas mandikan mirul dan arman, bagi sarapan, baru siapkan iman pulak. Ni iman dah tido. Yang lain tengah tegok upin ipin back to back. Ni yang boleh jenguk blog ni :)

Bila citer tentang bibik ni, sure ada pengalaman masing-masing kan? Ni bibik saya yang kedua. Yang pertama saya akan buat entry khas untuk dia... Hehehehe... Special sikit dia tu.

saya check ada visitor dari Indonesia menerusi flag counter. Tak tahu lah siapa. Maybe saudara mara bibik saya. Kalau betul, awak jangan risau bibik saya hidup ceria gambira bersama kami. Heheheeh... Kami sekeluarga tak anggap dia macam bibik, anggap macam saudara. Dia dah 3 tahun dengan kami. Ni nak sambung lagi dua tahun. Syukur.

Ada 2 jenis bibik, bibik untuk kemas rumah dan bibik jaga anak-anak2. Bibik saya yang ini adalah kategori bibik jaga anak2. Dia jaga anak bagus sekali mmg dia suka budak2 dan cukup sabar. Kemas rumah dia buat jugak. Tapi bukan standard bibik kema rumah. Yang tanpa disuruh, dia bersihkan setiap penjuru rumah dengan berus gigi.

Bibik saya memang tugas utama dia jaga anak2. Kalau dia tak sempat kemas rumah, tak per, tak sempat masak. Tak per. Saya ok (hhehh dah macam tag line mamat sorang tu pulak) kalau dia tak sempat masak dia akan call saya. Bila sampai gerai atau restoran, saya call dia dan akan baca semua menu untuk dia pilih apa dia nak makan. Baik kan saya? Hhehhe...

Kalau makan di restauran pun, dia buleh order apa yang dia nak makan. Kengkadang melebihi apa yang saya sendiri order. Hehhehe.. Saya ok.. (Lagi sekali guna tag line mamat tu)

Gaji dia bersih, sebab semua barang personal dia, kami belikan. Duit gaji kami simpan, atas permintaan dia. Bila dia nak kami bagi. Kalau dia nak balik kampung bercuti, kami sponsor flight tiket. Tapi dia yang tak nak balik tiap2 tahun. Masa dia balik tahun lepas, kami usik dia sebab beli baju cantik utk buat pakai di rumah. Saya jadi pelik. Baru saya tau, yang dia sebenarnya family dia bukan lah dalam kelompok yang susah. Kakak dia ada 3 rumah sewa. Abag ipar di berjawatan di daerah sana.

Zaman skrg ni, kalau dapat bibik yang ok adalah satu anugerah. Saya bersyukur sangat dapat dia (skrg ni la). Biasa lah sekali sekala kita tegur, kita marah dia kalau buat silap. Bibik saya yang pertama, bila balik kampung jer, terus bagaitau bibik-bibik makcik saya. Saya ni garang.. Grrgrrrrr... Hahhaha... Patutla diorg macam takut nak berbual dengan saya heheheh...

Apa motif entry kali ni? Cuma nak maklumkan, bukan semua majikan di Malaysia ni kejam. Bukan semua majikan nak mendera bibik. Memang ada kes, bibik didera majikan. Bagi saya itu kes-kes terpencil tidak mewakili semua majikan di malaysia. Contohnya saya. Majikan yang baik. Ceeewahhhh.. Bagi mereka yang tercari2 bibik dari Indonesia kalau guna agen yang ada permit, sekarang dah RM8 ribu.... Pergh...

5 comments:

  1. baiknya k.ayin.
    kesian tgk ada bibik2 yg kena dajal dgn majikan, tapi rasa hangin gak kalo ada yg niat x baik dtg cari rezeki di sini.

    hmmm..is ni, ntah bila nak ada bibik

    ReplyDelete
  2. macihhhh kata akak baik... wink..wink.. tu la kesian.. sapa sapa ada risiko, baik bibik atau majikan...

    pendapat akak kalau dah masuk 2 org, elok amik maid.. tapi kalu nurseri dan family dekat.. ok kalau tak payah amik.

    dua2 ada pros and cons

    ReplyDelete
  3. aik!!
    macam bibik saya pulakkah bibik awak ni...
    saya tak boleh bayangkan hidup saya tanpa bibik saya itu!!
    porak peranda maaa...
    (spender anak saya pun saya tak tau kat mana tau!!)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. hahaha... mmg kengkadang bergantung ngan dia kalau nak packing barang bebudak ni...

    tu yang maleh nak berkira sangat ngan dia...

    ReplyDelete