20.12.10

selamat dah lagi sorang...

Sabtu lepas, sepupu saya sebelah ibu bernikah di masjid besi, Putrajaya dan majlis sanding (hari Ahad) berlangsung di Dewan Komuniti, P16. Sebab saya punya lah lama sangat tak menjenguk saudara mara di Johor, maka saya mengabdikan diri datang kedua-dua majlis bagi mengambil hati mak-mak saudara  yang tersayang :)

Dengan sekali lafaz....


kami gembira menerima seorang lagi ke dalam family kami. Ibu pengantin lelaki (tudung coklat) antara gembira dan sebak...satu-satunya anak lelaki kini bergelar suami orang...



Kembar dalam keluarga kami .. Mohan dan Moktar

Lagi kembar dalam keluarga kami.... Hamdi dan Hadi.... lepas ni giliran sapa plak nak dapat kembar... heheheh....

Amirul: ibu, comel la adik kembar macam upin ipin yang pakai baju pink tu...
Saya: naper? abang nak ker?
Amirul: Tak nak ( cepat jer dia balas)....Abang bukan apa, abang tak sedap hati....
hahahaha.... dia dah boleh imagine betapa 'sibuknyer' dia nanti.... hehehehe....

Selamat pengantin baru.. semoga kekal bahagia dan ceria dunia dan akhirat. Amin.

saya tersenyum tengok pinggan pengantin, banyak juga pengantin makan ekkk.. saya dulu, malu, maka hanya 2-3 suap sahaja makan di meja pengantin...lapar giller, padan muka saya... nak control sangat... :p
 

No comments:

Post a Comment