21.12.10

suara saya sedap bila nyanyi lagu2 ini

1. Labah2

Satu labah2 cuba panjat perigi
Bila hujan turun labah cepat lari
Terbit mata hari air tiada lagi
Labah boleh panjat sekali lagi


2. Satu, dua, tiga

Satu satu saya sayang ibu
Dua dua saya sayang ayah
Tiga tiga sayang abang mirul arman
Satu dua tiga
Sayang semuanya

3. Cikebum cikebum

Ola oli kuberi nama
Saudara saudari
Cikebum cikebum
Malam malam minggu
Siang siang minggu
Disco disco

4. Gajah menari

Apabila bunga kembang berseri
Seekor gajah keluar menari
Lenggok ke kanan dan lenggok ke kiri
Jemput seekor lagi diajak menari

(Ajak sorang lagi berdiri di belakang pegang pinggang oarang depan)

Apabila bunga kembang berseri
DUA ekor gajah keluar menari
(Dan seterusnya seramai yang boleh)


gambar tak der kena mengea dengan lagu


5. Pok amai amai

Tepuk amai amai
Belalang kupu2
Tepuk adik pandai
Siang malam upah susu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan nangis
Ibu buat kerja

6. Kereta merah

Papa ku pulang dari kota
Papa ku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah
Pom pom pom pom, pom pom, pom pom pommmmm...
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ke bawa jumpa nenek

ayah pun tak pakai kete merah ni  nakkkk....


7. Nenek bongkok 3

Nenek nenek sibongkok tiga
Siang malam asik berjaga
Mencari cucu dimana ada
Nenek ku kawen dengan anak raja

Cucu cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Sekarang nenek nak cari ganti
Sapa yang dapat dia yang jadi

anak raja mana nak nenek ni?

8. Air pasang

Air pasang malam surut pukul 5
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga
Pokok bunga melor tanam tepi pantai
Itik bertelur ayam mengeram
Cik baba jatuh dalam parit
Cik aminah ketawa jerit jerit
Naik keretapi samapai kuala lumpo
Nampak adik comel
Terselit celah dapur


Nota: mungkin beberapa perkataan berbeza bergantung kepada negeri.. heheh...

Lagu apa korang tahu yang tak der kat atas... meh kongsi dengan saya..

3 comments:

  1. (Ajak sorang lagi berdiri di belakang pegang pinggang orang depan)

    heheheheee.....
    jika saya di depan...
    mesti tak nampak gajah2 lain di belalang...

    ReplyDelete
  2. uishh..k.ayin...
    is kalo lagu2 kanak2 ni, mmg byk yg is hafal.so, bila adam nyanyi x berbutir tu, masih dpt tangkap la lagu apa.
    tapi kan, mrhubby kutuk lagu ola-oli tu...sebab tetiba je 'mlm2 minggu, siang2 hari..disco disco'
    hahaha

    ReplyDelete
  3. hahahah... is, sapa ntah yg genius cipta lagu tu... akak suka, walaupun bukan kaki clubbing.. hahah.. kan bila kita nyanyi lagu tu, "cikebum, cikebum' kan kena angkat bahu dua kali.. masa tu , bebudak ni gelak melekek-lekek.. ntah apa yg kelakar ntah..

    Dr Singa.... Ya ka??? tak kan lahhh! saya tak percaya! tu pasal saya asik monitor jer, bila lah kamera tu nak mengadap tuannya dalam blog DrSinga..:)

    ReplyDelete