29.1.11

24 jam sehari tak sama untuk semua orang

Itu pendapat peribadi saya.

Semalam semasa perbincangan dia kata 'Allah bagi 24 jam sehari untuk semua orang. Maka kita kena berusaha dan tak boleh kata :saya tak ada masa'. Lebih kurang begitu lah katanya. Dah akhir kata ditutup dengan pantun dua kerat 'Anak cina makan pengat, sendiri mau ingat'.

Ada yang tersenyum. Tapi saya tidak. Saya emo. Bagi saya, memang betul Allah bagi setiap manusia itu 24 jam. Allah itu Maha Adil. Tak ada sapa yang sangkal. Tapi kita juga kena sedar Allah uji setiap hambanya dengan ujian yang berbeza-beza. Itu saya terima dan saya redha.

Mungkin ada orang lain, balik rumah, tiada tannggungjawab lain sebab dia bujang. Ada orang juga balik rumah, anak-anak dia sihat belaka. Tidak banyak yang perlu dirisaukan.

Saya? Syukur, kulit Amirul dah bertambah baik. Pasal eczema dia lah. Masa dia berusia 1 tahun lebih, kulit dia teruk sangat. Gatal dan merah. Saya kena monitor dia selalu agar tidak menggaruk. Waktu malam, kalau saya tertidur, esok pagi tu saya tengok bantal, cadar dan selimut bertompok- tompok darah. Banyak pulak tu sebab dia garuk.  Saya nangis sebab saya menyesal tidur malam itu. Waktu itu, kami tinggal berdua sahaja sebab Encik Kaki Pancing kerja jauh.

Syukur. Sekarang dah ada bibik. Syukur juga Encik Kaki Pancing pun dah pindah ke sini. Dapat ditanggung bersama. Iman sekarang selalu nangis malam. Kami buat 3 shift antara saya, Encik Kaki Pancing dan bibik. Iman ada pulmanory stenosis. Kalau dia nangis, jantung dia kerja lebih sikit. Kalau dia nangis, doktor suruh tengok warna bibir dan kuku dia. Jika ada tanda lebam atau biru, kena di bawa ke hospital secepat mungkin.

Saya terima. Dugaan ini tidak sebesar mana. Ada orang Allah duga lagi hebat. Sebilik dengan Iman dulu (waktu Iman warded operate untuk duodenal stenosis), ada anak kecil berusia setahun setengah (tak silap saya). Dia menghidapi kanser. Saya tidak berani nak tanya emak dia kanser apa walaupun kami selalu berbual. Waktu malam selalunya kakak tu (mama kpd anak yg ada kanser) tak tidur sebab anak dia mendesah-desah atau mengerang-ngerang. Kakak tu akan tidur bila waktu pelawat. Ada anak yang lain jaga, dan kakak tu akan tidur di sebelah katil anaknya yang sakit. Pernah saya tanya,'kak, malam tadi kenapa akak tak tidur? Sebab Haikal (bukan nama sebenar) nyeyak tidur aje malam tadi. (sebab saya tak dengar Haikal mendesah atau mengerang). Dia kata dia masih tidak boleh tidur sebab dia takut 'apa2 jadi' pada Haikal waktu dia tidur.

Sedih sungguh saya dengar. Jadi, kita ni  sebagai parents kena bersyukur kalau dapat tidur dalam 3 atau 4 jam jaga anak-anak kita waktu dia demam/sakit. Sungguh tak sama, nilai 24 jam sehari pada setiap orang. Sekali lagi nak dimaklumkan. Ia hanya pendapat peribadi saya.

11 comments:

  1. Bersabarlah dengan ujian ini. Allah nak naikkan darjat bagi mereka yang'lulus ujianNya'

    Anak saya baru demam semalam, dan saya sudah risau, walaupun saya sendiri doktor.

    ps; follow up dgn paeds cardio di mana?

    ReplyDelete
  2. Daddy Ziyyad: terima kasih.. saya dah 'kuat' sekarang.. hehehe.. sebab hubby dah pindah sini..

    jawapan ps: Kat PPUM pun ada, kat Gleneagles pun ada. Sebab di PPUM last follow up, minta datang dalam tempoh 6 bulan, saya risau. 2nd opinion kat Gleneagles setiap 3 bulan. Sebab masa check kadar kalsium dia tinggi, suspect william syndrome. DaddyZiyyad tahu kan, kalau betul wiiliams, kena closely monitor. Genetic test dah keluar, normal. Syukur :)

    ReplyDelete
  3. betul kata ayin. 24 jam setiap orang tu berbeza. Allah memberi dugaan dan ujian pada tiap2 orang pada kadar yang berbeza.

    Nana(my first daughter) penah kena suspect ada fibroid masa dia setahun 4 bln. itu pun sudah membuatkan saya cuak dan menangis saban malam.Tapi ntah macam mana- bila start utk review after 6 months. Hilang. Saya pelik tapi bersyukur...

    Mudah-mudahan Iman cepat2 sembuh. Mudah-mudahan Iman good boy...

    ReplyDelete
  4. salam Ayin,
    Anak kedua sy pun teruk jugak Eczema. Kalau start menggaruk, mmg selalu kena infections. SKrg kena selalu monitor spy dia tak menggaruk. Selalu sy guna sabun yg tak ada pewangi dan Calamine Lotion. Stuju sgt pasal 24 jamm sehari tu tak sama utk setiap org.

    ReplyDelete
  5. Effa, syukur kalau nana sebuh sendiri. memang pelik, tapi kuasa Allah kan.. Dia yang menentukan. Pengalaman dok ward selama almost 2 months, dah tengok sendiri macam mana parents before and after baby operate. cukup lah...kalau boleh biar semua parents dapat anak yang sihat2.jangan lalui apa yg kami rasa...macam nak hilang nyawa sendiri..

    ReplyDelete
  6. Nur, berapa tahun umur anak yg kena eczema. Amirul this year 7 yrs old. masa cuti sekolah tu, cantik kulit dia sebab dok rumah. Ni dah start sekolah balik.... start merah dan kering kulit dia.

    Kalau Nur ada masa kindly click n read page eczema kat atas. Dia kalau teruk sampai berair dan berbau.... pastu masuk ward.. masa tu kena buat wet wrap setiap masa.. ponteng sekolah.... But betul kan? bebudak ezcema ni sungguh kreatif.... :)

    ReplyDelete
  7. setiap hamba Allah ada ujiannya tersendiri ..
    nilai 24 jam bergantung buat setiap individu menguruskan nya :)

    ReplyDelete
  8. betul, setuju sangat-sangat :)

    ReplyDelete
  9. ada kawan saya kata...
    Allah uji kita sebab Allah sayang kita

    ReplyDelete
  10. sedihny bc entri ni. huhu~ jd malu sndr bila bazir²kn masa. moga kak ayin n iman tetap kuat :')

    ReplyDelete
  11. DrSinga, InsyaAllah... :) muahhh

    As, thanks dikkk... pssttsss... tu pasal now ni tak sempat nak bercrafting....;)

    ReplyDelete