20.1.11

Cuti berlalu dengan senyuman

Pagi-pagi dah bangun pergi ke pasar. Hari ni  family datang ziarah. Dari malam tadi fikirkan apa menu nak masak hari ini. Saya minta cadangan menu dari kawan-kawan di FB. hahaha... hebat cadangan mereka.... saya ucapkan terima kasih. Yang paling best cadangan... cadangan menjemput kawan-kawan datang ke rumah makan sama... haha.. saya balas  "KIV". Ada  juga yang mencadangkan ala2 menu restoran seafood.. hebat.... saya bukannya terar masak sangat.. Nasib baik ada Encik Kaki Pancing... fuhhh.. lega...
Dia masak 2 lauk utama, saya masak lauk yang selebihnya.... heheheh... Makcik saya kata bertuah dapat hubby pandai masak... saya menyengeh jer..sambil mata meninjau Encik Kaki Pancing di dapur.  Pastu saya jerit dari ruang tamu "tu yang kita sangat sangat tuuuu..". Sepupu dan adik ipar ketawa berdekah-dekah.


Lauk yang kami masak bersama. Saya dan Encik Kaki Pancing berangan nak masuk program MasterChef atau Top Chef ;)

Aktiviti lepas makan ialah berendam di swimming pool.... hahah... yer mereka ( kak Long Myra sekeluarga,  adik ipar dan anak2)  di swmming pool dari pukul 3 petang sampai pukul 4.30 petang... saya?  :)   wink..wink..Rasa sekejap benar cuti satu hari berlalu.. Saya seronok hari ni.. Tidak ada yang lebih menggembirakan dari berkumpul bersama family. Terima kasih pada family yang datang menyinggah. Jemput datang di lain kali.

No comments:

Post a Comment