1.1.11

dah besar anak ibu

Jumaat lepas Amirul daftar untuk darjah satu... Rasa pejam clik, pejam clik, dah besar dah anak ibu. Kesian pula pada cikgu-cikgu kat sekolah. Kan sepatutnya hari cuti sebab kita menang Suzuki Cup. Tak per lah cikgu. Dari dulu kita dengar cikgu umpama lilin, berkorban membakar diri.. maka leburlah cuti umum cikgu-cikgu demi hari pendaftaran anak-anak murid. Terima kasih cikgu.



Ibu bapa tekun isi borang, macam nak amik exam.

Baru saya tahu banyak betul, borang yang hendak di isi. Seingat saya, zaman saya darjah satu dulu, ayah hanya tengok nama saya masuk kelas mana. Dia tinggalkan saya kat luar kelas. Katanya bila cikgu panggil, masuk kelas. Lama saya tunggu berdiri kat luar. Takut nak masuk kelas. Nasib baik ada jiran  yang hantar anak dia ( saya dan anak dia sama kelas), dia suruh saya masuk.  Bila waktu rehat, kakak saya datang bayar yuran. Dah selesai. Senang kan?  Dan saya tak tahu pula, hendak daftar darjah satu, kena bawa kad imunisasi Amirul. Dah 6 tahun kan. Mana lah ingat satu hari nak guna balik. Habis saya selongkar almari. Nasib baik jumpa.


RM150 jumlah yuran darjah 1. Cikgu ada tulis perician kat papan hitam.

Seronok tengok gelagat budak darjah satu. Ada yang menangis (saya tak menangis dulu, tau), ada yang teruja, ada yang blur. hehehehe.. cute jer. Cikgu kanan sampaikan taklimat, lepas itu, ibubapa kena daftar kat kelas anak masing-masing. Aisehhhh.. Amirul dapat kelas atas. Macam mana dia nak tarik beg roda dia tu. Dia antara yang kecil dalam kelas. :)

Sejuk hati saya tengok dari belakang -
Amirul dan ayah
Murid-murid darjah satu tahun  ini adalah perintis kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Modul KSSR ini dirangka untuk meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah dalam bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik dan sains. KSSR ini nampak lebih menarik kerana ia menekan kepada interaksi dua hala antara murid dan cikgu. Kalau dulu, berbuih  la mulut cikgu mengajar kat depan. Murid-murid kat belakang tu, ntah faham ker tidak. sekali sekala, cikgu tanya, sekali sekala murd angkat tangan jawab. (itu saya lah ketika dulu).  Penglibatan murid dalam kokurikulum juga diambil kira dalam keputusan peperiksaan  nanti.

heheheh... itu saja yang saya faham masa taklimat tu. :)

4 comments:

  1. salam ayin.

    how are you. so sorry saya tak reply message.
    saya cuti lama betul kan, smp tak jenguk blog sendiri pun.

    baru nak start blogging balik ni :)
    hope u + family & anak2 sihat & always cheerful.

    ReplyDelete
  2. alaaaaaaa...
    tomelnya Amirul

    ReplyDelete
  3. salam... saya dpt tau blog ni dari blog En. Mazidul, belum hbs jelajah, suku pun x sampai lagi, saya dh add blog ni dlm blog saya, ada masa nanti saya nk bc dari mula. Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  4. aizamia: thanks singgah sini.. buat segan jer la bro mazidul tu....ni blog jurnal emak2.. heehe.. saya tak berapa citer pasal kerjaya kat sini.. kalau nak citer pasal kerjaya, mmg banyak tapi kena tapisan pihak atasan dulu.. thanks again..

    ReplyDelete