14.1.11

hak pengguna

Saya terima panggilan yang tidak disangka-sangka petang tadi. Panggilan dari Shadira, spa penjaga pantang yang saya gunakan khidmat mereka selama 2 minggu masa berpantang. Wakil Shadira menyampaikan 'rasa kurang selesa' dengan testimonial yang saya buat mengenai penjaga pantang yang ditugaskan menjaga saya. Wakil Shadira juga minta saya buang 'terma dan syarat' yang attached dalam entry saya.

Saya tahu ramai bakal2 ibu mencari info tentang penjaga pantang. Sebab saya dulu berada dalam situasa tersebut. Saya pun dapat tahu tantang Shadira menerusi  Azzamoro. Dan saya pun membuat perkara yang sama. Berkongsi maklumat tentang penjaga pantang. Secara tidak langsung mempromosikan shadira.

Mengenai testimonial, itu adalah pengalaman saya sendiri yang tidak saya tokok tambah walau seinci. Sekadar berkongsi pengalaman. Bukan murah untuk ambil penjaga pantang ni, buat yang bergaji macam saya. Jadi kita harapkan service yang setimpal dengan harga bayaran.


Ya, saya akan keluarkan 'terma dan syarat' seperti yang diminta, tapi bukan sekarang. Saya akan buat bila broadband saya kembali 'waras'. Now ni saya buat entry guna BB. Nak upload gambar pun tak tau camner. Nak buang attachment pun tak tau camner. Nak link pun tak tau camner :). Sapa tau? Meh sini turunkan ilmu sikit tanpa pengeras... Hehhehe...

2 comments:

  1. Itu penipu punya company kalau nak YANG ELOK aja dalam testimoni pelanggan.

    Boleh tolong bagi link ke entri itu tak? nak baca.

    TQ

    ReplyDelete
  2. Daddy Ziyyad: no komen ehhh... heheheh... kita dah letak link.. hehehhe

    ReplyDelete