10.1.11

'masih aku terasa'

Masuk ke pejabat hari ini hati saya suram. Kawan-kawan datang menyapa sambil menghulur salam takziah buat saya sekeluarga. Masih terasa benar kehilangan mama. Kalau masa sihatnya, mama akan telefon saya di pejabat, sehinggakan staf dipejabat pun sudah kenal benar dengan suara mama. Sekarang saya merindui gelak tawa mama. Saya merindui suaranya yang selalu mengusik saya yang selalu sibuk di pejabat 'asal mama call jer, diaorang cakap puan pergi mesyuarat, asal mama cal jer, diaorang cakap puan pergi jumpa boss'. Mama kalau terasa boring di pejabat, dia akan call kak long (biras) dan saya saja untuk bertanya kabar.

Masih saya teringat masa hari khamis yang lepas di sime darby medical center. Mama dalam keadaan tidak terdaya, hanya mampu mengeluarkan butir-butir perkataan yang saya sendiri tidak faham. Ya, hanya ayah sahaja yang paham. Ayah menemani mama sentiasa sejak mama disahkan kanser stage 4 awal tahun lepas.

Dalam keadaan menanggung kesakitan yang amat, mama masih sempat menyebut 'dah siap?'...kapan... Keramat...' Hasrat mama untuk disembahyangkan dan disemadikan di keramat, bukan di bangi. Cukup sukar saya menahan air mata, saya terus kelur dari bilik. Langkah saya diikuti oleh adik ipar, ain yang baru sahaja memasuki tahun 6. Ain bertanya kepada saya 'kak ngah, naper mama cakap macam tu?' Ringkas saya menjawab 'tak ada apa2'. Masuk ke bilik semula, saya bertanya keada hubby, macam mana saya nak terangkan kepada ain. Hubby cakap 'berterus terang sajalah pada dia'.

Saya mencari ain di tv lounge. Saya duduk disebelah sambil memeluk dia. Terus air mata saya tumpah diikuti suara ain yang tersedu2. Saya cakap 'tadi adik tanya kak ngah kan, nape mama cakap macam tu. Ni kak ngah nak terus terang ngan adik. Mama cakap macam tu sebab dia dah tau tiba masanya dia nak pergi'. Ain balas dengan suara tersekat2 'adik tak nak mama pergi. Adik tak nak mama pergi. Boleh tak mama tunggu lepas adik abis upsr? Lagi jatuh berderai air mata saya. Saya peluk erat dia sambil cakap ' adik kena adil pada mama. Kalau adik sayang mama, biar mama pergi dengan tenang. Adik kena adil dengan mama sebab kalau kita tahan mama sebab kita sayangkan dia, tapi mama sakit. Adik nak tengok mama sakit lama macam tu?. Kak long ngan kak ngah akan jaga adik. Memang tak sama macam mama jaga. Sebaik mana kak long ngan kak ngah cuba jaga adik, still tak sama denga mama. Tapi kita cuba, ok.' Tersekat-sekat suaranya berkata' tadi adik terdengar ayah kata, mama mimpi ada orang nak amik mama hari jumaat. Hari jumaat tu esok kak ngah'. Saya tidak mampu berkata lagi. Dalam sedu sedan dia terus berkata 'adik nak along, adik nak cakap ngan along'.' Nanti kak ngah call, tanya along kat mana' jawab saya kerana saya tahu waktu itu along dan biras saya sibuk membuat urusan persediaan di masjid.

Saya masih teringat air muka ayah yang cukup tenang melepaskan mama pergi malam itu. Saya cukup hormat dan menyanjungi bapa mertua saya itu. Ayah menjadi contoh terbaik bagaimana seorang suami sabar melayani dan menjaga isterinya ketika sakit. Kesabaran ayah dan tidak pernah putus asa itu menjadi nadi dan tunjang kekuatan mama dalam menahan kesengsaraan kanser hati dan paru-paru. Kami sayang sangat pada mama. Tapi Allah SWT lebih menyayangi mama...

6 comments:

  1. jatuh jugak air mata nih. pernah jugak saya alami situasi yg sama.

    Al-Fatihah. Moga tabah ye, kak ;)

    ReplyDelete
  2. salam takziah mas..
    entry kali ni , betul2 buat saya sebak..
    didoakan arwah ditempatkan bersama org2 beriman
    amin ..alfatiha

    ReplyDelete
  3. sob..sob...
    sedihnya.
    tak tau nak kata apa.

    ReplyDelete
  4. Cekkeya Azyan, terima kasih atas doa. InsyaAllah.

    Izazi, bila saya sedih, tengok muka hubby lagi sedih..

    Is, thanks dear

    ReplyDelete
  5. Takziah buat ayin sekeluarga. Al-Fatihah..

    ReplyDelete