17.1.11

RM16 satu jam

Encik Kaki Pancing  balik rumah bawa rezeki. Dia pergi mancing di kolam udang dengan bayaran RM16 sejam. Pakej RM16 tu termasuk joran dan umpan cacing. Kolam udang ni  kat dalam kedai.  Dulu macam pelik bila tengok. Dalam kedai tu ada kolam besar. (teringat kolam besar dalam bilik mandi kat kampung. saya dan sepupu selalu berkubang kat dalam, bila keluar bilik mandi, bila pakcik/makcik tanya, kami kata kami mandi jirus)

Dalam satu jam setengah Encik Kaki Pancing dapat ni:

SEBELUM
alamakkkk.. lupa letak pembaris kat sebelah udang. Ok, saiz dia lebih kurang 2-3 saiz jari saya. Agak besar jugalah bagi saiz udang specis ni.


SELEPAS
jadi tomyam campur..... nyum..nyum..
(sila abaikan cili padi dengan tangkai di pejuru atas kanan. Ntah macam mna dia lompat masuk dalam periuk.

Masak tom yam ni antara masakan paling mudah. Sebab paste tom yam berlambak jual kat kedai. Saya tak berapa suka tom yam kuah merah. Saya lebih suka tom yam kuah putih. Walaupun kuah tom yam tak putih jernih macam kat restoran Cakri kegemaran saya.

Nak kongsi sikit.....

TOM YAM BARU BELAJAR
bahan-bahan:
paste tom yam kegemaran
bawang besar
bawang putih
udang
daging
kobis bunga
karot
jagung kecik
cendawan
jus limau purut
daun limau urut
cili padi
garam secukup rasa

cara-cara:
tumis hirisan bawang besar dan bawang putih   (kalau kisar pun boleh, no problem). masukkan paste tomyam. masukkan air. masukkan daging. masuk sayur keras ( karot, kobis bunga, jangung kecik). lama sedikit, masukkan cendawan, jus limau purut, daun limau purut, cili pada, garam. masukkan sotong dan udang. (sotong dan udang kalau masuk awal dia akan kecut dan keras). bila udang dan sotong bertukar warna, tutp api dan hidangkan.

ni cara saya. sama tak ngan cara awak masak? 

5 comments:

  1. dulu tumis gak, tp resepi kat paket tomyam x tumis dulu

    ReplyDelete
  2. walau pun cakap suruh abaikan, otomatik mata nak jugak tengok..hihi..
    tapi kan, org tua kata kalau tumbuk cili dgn tangkainya masa buat sambal boleh halang kena buasir. jadi alang2 dah masuk periuk tu, ngap je sekali.

    ReplyDelete
  3. Is: oh yer ker? hehehe... kalau dia jenis serbuk pun, akak akan basahkan dia dan tumis.

    Aida: thanks for the info. tak tau pulak pasal tangkai cili tuh... macam tu, lain kali tak payah buang tangkai lah yer...

    ReplyDelete
  4. Kira berbaloi lah jugak kan??

    Saya ingatkan memancing dlm kedai ni tak best, sebab ramai yg kata pekedai dah siap-siap bagi ikan/udang tu makan kenyang2...so that tak makan umpan costumer.

    ReplyDelete
  5. DaddyZiyyad; berbaloi sebab fresh, bila masak pun sodappppp......

    ReplyDelete