24.1.11

Saya di Kota Cinta

Episod terkenang semasa dulu:

Semalam baru tiba. Saya berjalan seorang diri menikmati Kota Cinta. Kenapa dipanggil Kota Cinta? Ramai ke yang bercinta kat sana? Ramai ke yang jatuh cinta dengan orang sana? Waktu itu, saya nampak hanya  beberapa pasangan jalan berpegang tangan. Yang lain jalan cepat-cepat. Ada yang mahu dikejar.  Hendak ke kerja mungkin.  Saya perhatikan warna baju sejuk mereka. Hitam, biru gelap, coklat dan neutral. Ha, kalau saya pakai baju sejuk warna pink, saya yang paling menyerlah sekali.
Waktu itu juga, orang di sana pun ramai yang lapar seperti saya. Makanan halal? Senang ajer jawapannya. Kebab. Set menu kebab ada satu kebab, kentang goreng dan sebotol air mineral berharga EURO6.  Ramai juga yang makan di dalam restoran kebab. Saya jakun. heheheh... Saya makan di luar restoran. Saya hendak menikmati keindahan Kota Cinta sepuas-puasnya. Mamat kebab suruh saya makan di dalam. Saya berkeras hendak makan di luar.  Pelanggan yang keluar masuk ada tengok saya dengan pelik. Saya buat tak paham.  Saya duduk di luar. Saya buka sarung tangan. Mula makan.Saya makan kentang goreng perlahan-lahan. Sekejap sahaja. Baru saya tahu kenapa mamat kebab suruh saya makan di dalam.   argghhhhhhh.....Ya Allah! Sejuk nya! Air mineral bertukar macam air sejuk. Kebab yang panas tadi pun dah macam kebab baki semalam baru keluar dari peti ais. Jari-jari saya mengeras. Sebab baju yang berlapis-lapis yang saya pakai , sukar saya hendak 'budget' suhu waktu itu.

Mereka yang lalu lalang, mula senyum pada saya. Mungkin sebab rasa  tabik pada saya tahan sejuk makan di luar. Atau mungkin senyum sebab fikir orang gila mana ni makan kat luar dalam suhu macam itu. Saya balas senyuman mereka. Saya 'rasa' kurang malu. Sebab saya pakai spek hitam (Apa kena mengenanya dengan spek hitam?). Saya kontrol makan, kontrol ayu, kontrol malu.   Mamat kebab keluar, hantar air mineral. Saya cakap 'Terima kasih bang. Abang tolong amik gambar saya jap'.... hahahahah jangan tertipu... Saya tak reti cakap French macam Lynn. Nanti saya tulis skrip di sini. 'Cikgu' Lynn akan betulkan spelling dan grammar saya.. heheheheh....

Hanya minah Melayu ini sahaja makan di luar....

EURO6 maknanya RM6 x 5..... Habiskan jugakkk.. rugi duit... tak baik membazir tau. Di depan saya ada benda yang menarik perhatian saya. Kereta merah yang comel ini:

Comel.
(Follower bertuah mana yang nak belikan saya ini? hehehe)

Ya, di Kota Cinta ini, bermula saya jatuh cinta pada kebab. Kebab di sana sangat sedap. Bila lagi nak merasa kebab di sana... arrgghhhhh.... moga-moga murah rezeki saya di masa depan. Boleh saya 'posing' lagi macam ini...

Saya di hadapan restoran kebab kegemaran saya. Restoran di kawasan lain.

Warna bangunan di sana coklat. Seakan warna bangunan di Putrajaya. Tapi warnanya lagi klasik. Jalan raya utama, macam biasa tapi jalan diantara bangunan sempit-sempit. Kalau dua kereta pergi dan datang masa yang sama, berdebar hati saya. Mahu juga bergesel lampu tepi. Maka banyak kereta comel-comel boleh dilihat di bandar itu.

Balik ke hotel, saya nampak sekumpulan wanita berbangsa Cina di lobi bergaya dengan beg-beg kertas LV. Banyaknya. Paling tidak seorang satu. Ada yang pegang 3 beg. Baru balik shopping. Harga beg LV  di butik menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding di KLCC. Saya senyum, walaupun murah di sana, 'murah itu' masih belum sama banyak nya dengan duit EURO yang ada dalam beg kecik saya. hhehe... Shopping kompleks bersebelahan dengan hotel. Saya beli cenderahati untuk keluarga dan kawan-kawan. Key chain, magnet dan baju t-shirt. Balik ke hotel, saya mengira baki duit yang tinggal. Hah?? sehelai T-shirt EURO10. Tadi masa bayar macam tak terasa mahal. Bila convert RM, baru terasa.

Malam itu,  saya rendez-vous kawan- kawan  di restoran India.  Saya  yang  pertama masuk di kedai tersebut. Seorang lelaki India berdiri menyambut kami.  Saya mula  bercakap beberapa ayat yang saya tahu dalam bahasa France. Yang saya hafal.  Tergagap-gagap. Banyak erm..eh... di dalam ayat saya.  Dia senyum. Dia tanya 'Malaysia?'. 'Oui', jawab saya ringkas. Dia balas ' heyyyyyy, selamat datang... saya orang Gombak!' Kami semua ketawa berdekah-dekah, sehingga menarik perhatian pelanggan yang lain. 'la.. kenapa tak cakap awal-awal? Tergeliat lidah saya tadi', kata saya.... dia membalas dengan gelak besar... 'wahhh seronok sangat lah gelakkan aku!' kata saya dalam hati. 

Dia pemilik restoran di sana. Bangga saya dengan dia, seorang lelaki India dari Malaysia. Gombak pulak tu.  Sudah 10 tahun katanya. Ada kawan mengusik. ' Ala.... baru sehari dua nak pekena  nasik...' Kami makan nasi, kari ikan dengan daun pisang... perghhhh... sedap.... hahahah.... tekak dan perut orang Melayu... Mesti pekena nasi, kalau tak macam tak sempurna hidup. Habis makan, orang Gombak itu membuka bill. Ingatkan dia nak belanja... :)

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Saya pun tidak pernah terbayang akan menjejakkan kaki di Paris. Macam mimpi sahaja. Berkerja, berkerja sambil bercuti. Memang best. Terima kasih kepada ' The Big Boss' yang memberi kepercayaan kepada saya. Terima kasih tidak terhingga. Semoga 'The Big Boss' saya murah rezeki, panjang umur dan bahagia selalu. Amin.

8 comments:

  1. seronoknya
    entah bile dpt pergi..
    itu namanya rezeki..

    ReplyDelete
  2. ya rezeki kita ..
    alhamdulillah ada big boss yang percaya kan kita
    tp sayang kita pergi masa yang berbeza kan ..
    nnt saya buat entri terkenang masa lalu ke bumi spain hehehehe

    ReplyDelete
  3. Sidratul Muntaha: yer kengkadang rezeki datang tanpa diduga.. InsyaAllah, manatau awak pun nanti akan pergi sana bercuti ke Disneyland..

    Izazi: betul, syukur... kena sayang boss heheheheh...naper kita tak ambil gambar berdua dulu ekkk?

    ReplyDelete
  4. syoknyaaa...bila nak pi sana ekk?

    sib baik masa mkn kebab kat luar tu pakai spek itam. kira mcm org x nmpk la muka 100%. mcm penjenayah pun, gmbr kat mata selalu diorg hitamkan kan? hahaha.
    lawak la k.ayin ni.

    tp kalo k.ayin sengih kat mat gombak tu, silap2 dah dpt mkn free

    ReplyDelete
  5. ada mas, gamba masa kita sedang menanti bagai buah tak gugur di La Manga ..kira masa tu kita bekerja merangkap honeymoon hahaha

    ReplyDelete
  6. Is: heheh.. tengok dalam keadaan cuaca tak terik macam tu, mmg akak the only one yg pakai spek hitam... hehehe... laak plak bila tngok gambar.. macam artis nak elak paparazi..

    Izazi: yeeezzaaaaaa... saya terlupa yang itu.. nanti nak selongkar cari gambar tuuuu heheheh

    ReplyDelete
  7. Salam puan...kami kat UK nie..Kursus IPWO, jemputla dtg London ye...Lt Rashid

    ReplyDelete
  8. Lt Rashid, pandai awak buat saya 'bara' dengan penuh kecemburuan ek...tu gambar kat france last year kot... Saya pernah sampai UK beberapa kali... tapi setakat kat airport jer la... transit... hehehe... sampai jugak kan..

    bila nak balik? nak kirim barang skettt.. hehehehhe

    ReplyDelete