20.1.11

Saya tak nak cari gaduh... cari pasal.. dan yang sewaktu dengannya (Episod Penjaga Pantang)

Masih ingat entry saya tentang panggilan tidak diduga? Tajuk entry tersebut hak pengguna.

Saya sungguh tidak ada niat nak cari gaduh dengan sesiapa. Ceritanya kini, tiba-tiba saya dan Azza telah dikatakan menutup periuk nasi orang. Sila baca ruangan jom sembang saya (shoutmix chat widget). Ada 'guest' kata 'tak baik tutup periuk nasi orang'. Mula -mula tu saya tak berapa faham. Kemudian saya baca blog  iekacute... ohhh... baru saya faham. Mungkin 'guest' dan  blogger iekacute adalah orang yang sama. Walaupun entry tersebut tidak menyebut nama kami (saya dan azza), tapi kes yang disebut memang serupa dengan testimonial saya dan Azza (maaf, Azza dah buang testimonial dia).

Macam mana saya nak jelaskan di sini ek? 

Kepada mereka yang monitor blog saya ini, MOHON baca testimonial saya line by line. Dalam testimonial itu, sama sakali saya TIDAK kata Shadira tidak bagus. Sila baca berhati-hati.

a.  Yang tak bagus itu adalah penjaga pantang (CL) yang pertama (Saya tidak mahu letak nama dia nanti dikatakan tutup periuk nasi dia pula).

b.  Dalam testimonial juga saya nyatakan Shadira bertanggungjawab, sebab tukarkan CL saya dengan CL yang bagus (sayang kat Kak Ila).

c.  Dalam testimonial juga, saya nyatakan CL kat Shadira tu ramai. (kan bagus dimaklumkan baru orang tahu, kalau ramai terjamin sikit CL nak ditukar ganti berbanding khidmat penjaga pantang perseorangan)

d.  Dalam testimonial juga saya jelaskan CL nak keluar kena minta kebenaran dari Shadira.  (Kan bagus dimaklumkan baru orang tahu Shadira memang menjaga disiplin CL)

e. Sila baca entry saya dengan penuh teliti  mengenai 'Penjaga Pantang (Part 2).  Dalam entry tersebut, saya puji  (kata best) jadual CL yang Shadira bagi saya.

f. Dalam entry 'Penjaga Pantang (Part 2) juga letakkan 'senarai barang masakan untuk dibeli (guideline)'. (Kan bagus dimaklumkan menunjukkan Shadira membantu persediaan kepada ibu-ibu berpantang, sebab macam saya serius tak tau apa yang hendak dibeli selain ikan haruan)

g. Dalam entry 'Penjaga Pantang (Part 2)juga ada saya letaknkan terma dan syarat (kemudia saya keluarkan seperti yang diminta Shadira), supaya pembaca tahu pelanggan terjaga haknya sebab kita tandatangan terma dan syarat tersebut.

h.  Dalam entry 'Penjaga Pantang (Part 2) juga, saya attached peta ke Shadira. (supaya siapa yang berminat, boleh tahu lokasi Shadira di mana. Tidak perlu jadi macam saya kena cari sendiri sebab suami jauh, maka dengan perut boyot berjalan mencari lokasi dengan anak-anak dan bibik).

Dalam 8 points (a-h), hanya satu jer perkara yang tak bagus saya tulis (itu pun tentang that particular CL, bukan nya Shadira). 7 points lagi saya tulis yang baik tentang Shadira, kenapa masih ada pihak yang nak cop/katakan saya sebagai 'nak tutup periuk nasi orang'. Saya tak faham. Cuba jelaskan.

Kepada  blogger iekacute, saya benarkan saudari link blog saya dalam entry saudari terutamanya dalam
perenggan "Ada juga pelanggan yang bijak menggunakan haknya dapatkan pengganti yang lain. Ada ke patut keluar waktu kerja, pulak tu nak pecahkan pintu yang terkunci, mana munasabah, siapa boleh tahan orang macam ni, memang patut ditukar. Boleh jadi dia tu ada masalah peribadi ketika itu. Tapi apa apa lepas dapat pengganti, servis puashati kan? Macamana pulak servis shadira tak bagus, kan dia ambil tindakan?."

Link kan saja, biar pembaca/followers saudari tahu cerita sebenar. Link kan saja  supaya biar mereka fikir adakah saya ini jenis suka 'tutup perik nasi orang' atau tidak. Saya jujur, yang bagus saya tulis, saya tak bagus saya terus terang. Saya tidak ada masalah dengan pemilik Shadira, Pn Hazeera. Orang nya peramah dan cantik. Begitu juga Rina (admin) dia pun peramah dan ceria  serta Kak Mas yang terar cari rumah saya. Rina, Kak Mas dan Kak Ila  lama tunggu saya untuk hantar CL baru (Kak Ila). Saya ketika itu tiada di rumah sebab bawa baby Iman  pergi hospital. Terima kasih kerana sabar menunggu saya.

Kepada blogger iekacute, saya rasa saudari adalah staff Shadira sebab orang luar dan pelanggan macam saya tidak tahu (dan tidak ingat mungkin) costing in detail macam dalam entry saudari. Mohon maaf la kalau tekaan saya salah sebab dalam blog saudari tidak ada profile.  Begitu juga pembaca bernama 'Biba' (atau mana-mana pembaca yang mengunakan apa-apa nama samaran) yang meninggalkan komen mengenai isu penjaga pantang di blog ini dan blog azza. Tak payah lah nak test-test tengok apa respond kami terhadap komen saudari. Macam saya cakap, yang bagus saya tulis dan yang tak bagus saya terus terang.

Dan akhir sekali, saya mohon maaf andai ada pihak yang tersinggung dengan entry saya kali ini. Seperti tajuk saya..... 'Saya tak nak cari gaduh, cari pasal..dan sewaktu dengannya'.

Sekian, wasalam.

5 comments:

  1. Itulah susahnya bila kita cuba terangkan sesuatu menerusi penulisan. Pasti ada pihak yang salah tafsir niat baik kita.

    Benda yang jadi sebegini mematangkan kita, menjadi pengajaran to u, dan juga buat semua yang membaca, termasuk saya.

    Sabar ya atas dugaan tuhan ni.

    ReplyDelete
  2. susah nak memahamkan orang yang tak faham bahasa ni...kita just nak sharing experience je..bukan ada niat lain pun..apapun kesabaran itu penting...kita tunggu next episode...heehee...cayok ar mam! sampai blog pun ddyorang kejar...ermmm..

    ReplyDelete
  3. Daddy Ziyyad: ni adalah risiko yang kena tanggung sebagai blogger. Thanks.

    Keyphochee: heheh thanks... susah nak paham org camtu..biar lah diaorg... readers boleh baca dan nilaikan sendiri...

    ReplyDelete
  4. ok so u dah explain maka i pun xyah explain la. i pun x faham apsal lak nak tutup periuk nasik orang. sukati diorang. asalkan happy. huhu

    ReplyDelete
  5. Azza, betul tu, lepas ni I pun malas nak layan. Buat blog yang tidak ada indentiti dan letak komen guna nama samaran. biar lah azza, macam i cakap, hak pengguna.. yang baik kita bagitau, yang tak baik pun kita bagaitau. bukan kita buat citer, tu pengalaman kita sendiri. U bagi tips pun orang cakap 'pelik'. heheheh... Thanks yer.

    ReplyDelete