24.2.11

Dua Perkataan Yang Pertama

Arman memang ada masalah pertuturan. Awal tahun lepas saya ada hantar dia ke speech theraphy. Pastu bila masuk tengah tahun, saya semakin membuncit dan sarat, Amirul masuk ward, bersalinkan Iman. Iman masuk ward, Iman operate. Follow up Iman dengan 2 hospital. Saya dah tak berapa nak fokus pada Arman. Tapi kelas dia kat tumbbletot tetap datang macam biasa.

Tahun ini, saya tengok dia dah kurang menggunakan sign langguage. Dia akan cuba cakap. TAPI hanya suku kata akhir sahaja. Contoh:

Bu maknanya ibu
Bik maknanya bibik
Ya maknanya ayah

Bu.. Yi... maknanya ibu beli
Na.. do... maknanya hendak tidur
Mi.. ko..maknanya mamipoko


Tapi bila dia excited tetap akan gunakan sign language bercampur dengan suku kata- suka kata yang saya kadang-kadang kerut kening nak paham apa yang dia maksudkan.

Tapi malam kemarin dia berjaya menyebut dua perkataan yang pertama dalam hidup dia


'Hatu Lima'


Yang membawa maksud


Hantu Kak Limah..... Yer! Dia tengok filem 'hantu kak limah balik kampung'...
Apa-apa pun, 'hatu lima' adalah satu pencapaian yang bermakna bagi saya... :)

10 comments:

  1. sungguh hebat penangan kak limah

    apapun, tahniah!
    tumpang happy dengar berita ni :)

    ReplyDelete
  2. hahaha..hantu kaklimah yg jd 1st word

    ReplyDelete
  3. tq tu mamat khalid eh..hehhehe.. (betul ke mamat khalid?) congrats to Arman.

    ReplyDelete
  4. Dr Hani, hehehe.... ia meninggalkan kesan... bila kita ajar dia guna flash card, buku.. tetap sama... sebut yg hujung2 jer... tu yg pelik tu...

    ReplyDelete
  5. Is: mula-mula tu akak terdiam.. pastu bila dah faham apa yg dia kata... berguling-guling akak gelak... hehehe

    ReplyDelete
  6. Proud Mama: yer betul tu puan. tolong ingatkan saya, manatau kita terserempak dengan dia nanti.... hahah

    ReplyDelete
  7. pengaruh dari yg kecik sampai ke besar ye.. harap2 pas ni bleh ckp byk lagi perkataan

    ReplyDelete
  8. yay! tahniah arman ..
    hantu kak limah juga yg dapat nama hikhikhik

    ReplyDelete
  9. Cik Fiza: thanks... tu kami tengah closely monitor ni... :)

    ReplyDelete
  10. Izazi: hehehe.. puan tu lahhh.... nak suruh dia sebut 'ibu' pun, sampai merajuk-merajuk saya... hehehe

    ReplyDelete