19.2.11

Preggie lagi!

Ini bukan 'berita yang baik' untuk saya dan Encik Kaki Pancing. Berita ini membuatkan saya berasa gundah gelana dan geram yang amat. Ishhhh..... macam mana buleh jadi ni? Kepala saya hampir migrain ligat berfikir bila 'bender' ni berlaku.... Masa cuti panjang hari raya cina mungkin. Mungkin awal lagi.

Saya tak sedap badan. Kepala saya kejap-kejap pening. Macam-macam saya nak fikir sekarang. Tak buleh jadi. Ini bukan masa yang bagus untuk preggie lagi! Kami pergi ke farmasi. Saya beli pregnancy test kit yang paling mahal. RM23.90. Berdebar-debar saya menunggu subuh esok, untuk dapatkan keputusan.

Bangun waktu subuh, degupan jantung menjadi lagi laju. Saya tak tentu arah menunggu keputusan. Hah??? Positif???? Argghhhh..............

Kami pergi ker klinik sebaik sahaja saya balik dari opis, mandi dan tukar baju. Sampai di klinik, fuhhh.. nasib baik gynae ada. Lama jugak tunggu. Walaupun pesakit tak ramai. Memang Dr Andy macam tu. Masa mengandung Iman dulu, lama dia membelek perut ni. Especially bila nak amik gambar baby dalam perut. Nak tunggu baby posing, memang lama. Arman dan Amirul dah memekak dalam klinik. Nurse dah pandang-pandang bagi signal. Sekali sekala saya tegur lah budak-budak tu. But boys... will be boys...

Saya berdebar tunggu giliran. Bila nurse panggil, kami masuk bertiga. Saya dokong Iman. Saya sengeh-sengeh, tak tau macam mana nak mulakan sessi beborak dengan Dr Andy. Setelah diterangkan. Dr Andy tanya soalan-soalan standart... macam bila last period.. anak dah berapa orang.. umur setiap anak... Saya senyap, biar dia yang jawab.

Soalan Dr Andy seterusnya... 'Ini perkahwinan yang ke berapa?' hahaha... saya tergelak kecil. Terus saya menyampuk.. 'Doktor macam tau jerrrrr...'. Dr Andy jawab.. 'Saya dah faham sangat bila kes maid macam ni'. Bibik malu-malu nak jawab. Dr Andy tanya saya, macam mana saya tahu yang bibik pregnant. Saya cakap saya belikan pregnancy test kit. Saya ajar dia macam mana nak guna. Dia kata pada saya pagi Subuh tadi, keluar tanda 'tambah'. Doktor suruh bibik buat test air kencing untuk pastikan.

Positif. Dr Andy suruh bibik baring. Dr Andy scan. Kandungan dalam 6-7 minggu. Dah ada heart beat. Rupa macam kacang bersinar-sinar di bahagian tengah. Entah kenapa, bila saya lihat scan tu, perasaan bercampur-campur. Kepala pening balik. Banyak nak kena settlekan bila bibik pregnant ni. Dr Andy print gambar dan bagi pada bibik. (Dalam kelam kabut dengan hati yang tak tenteram saya terlupa nak bawa pen drive kalau tak buleh upload  kat blog gambar 'cucu' saya).

Masuk dalam kereta, saya cakap tahniah pada dia, dapat baby. Dia jawab terima kasih dengan nada gembira. Saya cakap simpan gambar tadi tunjukkan pada suami bila cuti nanti. Saya cakap 'Kerja-tetap kerja yer bikkkk... jangan saya pulak jadi bibik'. En Kaki Pancing tambah 'Jangan angkat bender berat.  Bila petang, dah abis kerja, boleh tido'. Hopefully bibik saya tidak ambil kesempatan.

Nyata kehidupan kami berubah lepas ini.

________________________________________________________________

Nota: Encik Kaki Pancing kata sedangkan golongan berpelajaran tinggi juga boleh 'terlajak'. Inikan pula bibik. Yer, betul. Saya rasa cuma golongan doktor tak mungkin 'terlajak'. Mereka lebih arif pasal itu. Teringat entry IUD dalam blog DrSinga.

16 comments:

  1. 'suspender'nyer stori.. ihiks

    ReplyDelete
  2. ayin betulbetul buat suspen tau!

    ingat ayin preggy lagi!!!

    hehehehe...

    ReplyDelete
  3. suspen je, ingat akak ayin yg preggie. isyhhhh, bikin suspen je ;)

    hopefully bibik tu ok ok je ;)

    ReplyDelete
  4. oh no..halfway jugak la igt kak ayin yg preggy.
    adoiyaiii..hrp2 dia x berbuat onar la dgn alasan preggy tu

    ReplyDelete
  5. En_me: hahahaha..... gambra kannn? :)

    ReplyDelete
  6. Effa, ingat kucing ker? after 6 months, preggie lagi... hehehehe

    ReplyDelete
  7. Cekkeya; hahahah melengkung tulang belakang akak, kalau preggie lagi masa ni... baby iman pun baru 6 bulan... hehehe

    ReplyDelete
  8. Is: hahahaa...macam filem hollywood kan? Tu la... hopefully dia komited buat kerja macam biaser

    ReplyDelete
  9. -tak faham....macam mana bibik you boleh pregnant? husband dia di malaysia ke? You tak bagitau awal2 ke bahawa dia tak boleh pregnant masa kerja?

    -bukan ke kalau pregnant, mereka kena dihantar balik? sebab selalunya bila saya buat fomema, mana2 yg positive pregnant, akan dihantar pulang.

    ReplyDelete
  10. ingtkan u yang pregnant. kui kui

    abeh pasni camne nnnti? dia akan keje dgn u sampai dia bersalin ke?

    p/s u, pls reinvite me in BBM. I punyer contact hilang

    ReplyDelete
  11. i pun sama ingatkan akak yg preggie lagi...susah gak pasnih kalau bibik cuti bersalin yer

    ReplyDelete
  12. DaddyZiyyad: Dia baru kawin di sini. Hubby dia org Indoensia juga. Sebelum kawin mmg dah bagitau dia tak boleh preggie. Tapi bender dah berlaku. Tak kan nak suruh abort. now dia stay dulu sebab tengah tunggu maid baru.. Hopefully nest maid dapat yg ok....

    ReplyDelete
  13. Azza: hehheeh.... tunggu u dulu preggie kottt.. hahahhahah..... Now tengah tunggu agen carikan maid... fuhhh.. fulus..fulus...fulus...

    ReplyDelete
  14. Lily: hhhee.... antar dia balik.. now tunggu bibik yg baru...

    ReplyDelete
  15. saya pun terlajak Beb!!!
    lima-lima tereksiden...
    :)

    ReplyDelete
  16. Ingatkan u dapat merasa lah Wad Bersalin PPUM yang baru *hik!!*

    New Wad Bersalin PPUM

    ReplyDelete