12.3.11

Boring, geram dan pisang

Saya masih di pejabat pada waktu ini. Sementar tunggu video ni 'render', saya tenung pisang di atas. Geram plak apa pasal lambat sangat nak 'render' niii.. Aishhh...

Hari ini hari Jumaat, makcik kanten belanja semua orang pisang sebiji. Semoga murah rezeki dia.

Saya nak bawa balik pisang ni sebab Amirul memang suka pisang. Teringat ibu saya dulu, kalau pergi surau, ada makan-makan lepas belajar, ibu akan bungkus satu-dua kuih dalam sapu tangan bawa balik bagi kami. Especially kalau kuih kegemaran kami.

Rindu pulak kat ibu, walaupun baru semalam ibu dan ayah datang menjenguk kami sekeluarga.

Di studio sekarang, ada suara lelaki sedang nyanyi dari tadi. Dari lagu patriotik sehingga lagi sudirman. Kuat pulak tu. Saja arrr diorg tu, nak hilangkan ngantukkk.

Kesian plak kat diorg, kena kerja sampai pagi nanti. Ehhhhh.. dan saya jugak kesian kat diri saya sendiri, dalam waktu begini sepatutnya saya di atas katil memeluk Amirul dan Arman.. atau mendodoikan Iman yang susah nak tido malam...(antara ciri Williams Syndrome)

Aduhhhhh... Tak sabar nyer nak balik rumahhhh...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

8 comments:

  1. lewatnya masih kat ofis lagi akak...sabar je lah rezeki punya pasal kan..

    ReplyDelete
  2. duty yer kak?
    bertabah hati berkhidmat utk negara :)
    i salute u :)

    ReplyDelete
  3. hehe..kombinasi tajuk yg pelik, tapi lawak.

    ReplyDelete
  4. sedap pulak nampak pisang tu

    ReplyDelete
  5. dazlingLily: hehehe....anak akak tanya, naper ibu kena kerja malam.. akak jawab nak cari duit lebih sebab asik nak beli toys jer... :)

    ReplyDelete
  6. Fiza: hah? salute? Fiza tau ke akak kerja apa? wink..wink...

    ReplyDelete
  7. Is: bila kena kerja sampai 24hrs, macam tu la.. merapu.... hehehehe

    ReplyDelete
  8. DrHanie: heheheh... saya hanya suka pisang goreng dengan serdak pisang goreng...

    ReplyDelete