15.3.11

Camner nak bagitau dia

Kami belek-belek buku 'I wonder why', ada pulak gambar ni kat buku tu...

Amirul tanya, 'Ibu apa tu?' (Merujuk 'bender' yang di penjuru bawah kanan)... Hah? Saya tak tau apa jawapan yang mudah dipaham dan sesuai untuk budak umur 7 tahun.

Serius, alakah bagusnya jika En Kaki Pancing ada di rumah waktu ini. Saya boleh jawab 'Cuba tanya ayah'. Sebab saya tahu walau apa pun jawapan saya, dia akan tanya soalan yang ke-2, yang ke-3 dan seterusnya.

Bila dia gesa lagi. Terus saya jawab 'semut tengah makan telur goreng'.
(Saya jawab serius tapi sebenarnya saya cuba tahan gelak)

Berkerut kening dia dengar jawapan saya... Sebelum dia tanya soalan ke-2, saya tukar muka surat lain!

Pls... Tolong saya, apa jawapan yang paling sesuai nak explain kat dia, bila dia tanya lagiiiii...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

6 comments:

  1. bahaha...semut mkn telur goreng???
    citer je yg betul, akak

    ReplyDelete
  2. hahaha
    mesti dia akan tanya..
    'apesal takde rupa semut punnn??'

    ReplyDelete
  3. Is: hhhehee yg mula-mula tu boleh lah jugak nak cerita, bila daia tanya lagi, dan tanya lagi... tu yang buntu akal ni nak jawab :)

    ReplyDelete
  4. DrHanie, heheheh.... memamg semut tu jenis macam tu... tak der kaki... dia merayap2 rayap jer... hahhahahahah....

    ReplyDelete
  5. hahaha..

    tapi sebenarnya, tak digalakkan mendidik anak sebegitu..ini yang saya pelajari dari pakar kaunseling & early education for kids.

    terangkan dengan sabar...sepatah sepatah..layankan soalan anak anak...sebab dunia kanak2 6-7tahun memang dunia curious..dunia nak tahu mcm2 benda..

    mengelak dari memberi penjelasan(escapism) tak elok diamalkan.

    ReplyDelete
  6. DaddyZiyyad: heheheh... saya tau, tapi bab ni saya tak tau nak guna 'choice of word' yang sesuai, biar ayah dia jer yang terangkan dia... Thanks DaddyZiyyad..

    ReplyDelete