11.3.11

Respond dia dan respond saya

Encik Kaki Pancing: Ha, camner dengan kerja awak hari ni?

Saya: Tau lah, masuk kerja ngam-ngam, lif dah lah penuh, saya kecik-kecikkan badan saya, try nyelit-nyelit. Pastu masuk opis, tengok surat masuk melambak, tak sempat nak action pun, sebab kena pergi meeting kan. Dept lain buat slide presentation. Tapi sebab dept saya tak der bender besar yang update so far, so saya tak buat slide, saya cakap jer la status terkini. Kelakar pulak, bila dalam mesyuarat tu. Dalam ramai-ramai tu, mesti ada tukang nasik tambah, tukang angguk-angguk kepala. Nasib baik mesyuarat tu siapkan makan, tapi kalau dah ramai, makan pun tak cukup, so makan pun sikit-sikit jer. Macam mana nak kenyang? So saya turun pergi kantin, lauk macam banyak, tapi tak berapa nak selera jer bila tengok. Saya beli lah juga , nasik, lauk ikan, sambal ngan sayur. Pastu naik lif ngan mamat ni, saya ngan dia jer dalam lif. Tetiba bau busuk, hampeh betul, dia kentut kot, tapi muka dia selamber jer.

Pastu lepas makan, perut dah kenyang, baru lah boleh buat kerja. Saya pun baru la nak baca surat, sambil makan keropok. Tetiba ada pulak orang panggil suruh pergi mesyuarat. Surat tak bagi pun. Bila tanya boss, boss kata tak payah pergi. Yer la, surat tak der, main arah jer. Geram betul saya. Lagipun pagi dah mesyuarat, tak kan petang pun nak mesyuarat, pulak. Bila nak abis kerja macam tu?

Ni projek besar tengah on, banyak nak kena arrange. Kena call sana dulu, tanya boleh buat ker tak, kang kita main cadang jer, orang sana terasa pulak. Sibuk-sibuk arrange, sedar-sedar jam pun dah pukul 5. Awak lambat pulak amik saya hari ni... Tapi tak per la, selalu saya yang lambat.

Awak pulak, apa citer kat pejabat?

Encik Kaki Pancing:  Biaser jer. Tak ada apa-apa.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Kengkadang macam seronok gak jadi lelaki ni, jawab ringkas-ringkas jer. Tak perlu nak menghuraikan dengan terperinci macam orang pompuan. Tapi kan, bila kita tak eloborate, macam tak best jer cara penyampaian ceritu tu.  Betul tak??

Apa beza cakap banyak dengan berleter? Ada beza kan? Cakap banyak tak semestinya berleter. Tapi berleter itu sah conpem cakap banyak. Betul takkkk?  hehehehhe...

6 comments:

  1. hahahah...baru sedar kdg2 is pun mcm tu. lg teruk, punya syok citer smpi lupa tny blk citer mrhubby

    ReplyDelete
  2. Is: hehehehe... kadang-kadang nanti dia cakap, boleh tak saya nak cerita pulak.... hahahahah kan?.. kan?.. kan?.... :)

    ReplyDelete
  3. perempuan selalu pk mcm2 dan selalu suarakan rasa hati tu kn.. lelaki lain..suma wat rilek pastu bila gado ke ape ke x masuk dlm hati.. pas abis settle suma baik mcm biasa.. kdg2 pelik gak.. adakah dorg ni simpan dlm hati je?

    ReplyDelete
  4. Fiza.... ada jugak jenis lelaki yang sensitif tuuuu.... hahahah....

    ReplyDelete
  5. hehehe. En burn saya pula suka berleter gak sumtimes.. sy dengar je laa... :)

    ReplyDelete
  6. Effa: ehhehe.... bila time dia... biarkan... hahahha...

    ReplyDelete