26.3.11

Weekend di JB

Huhu!

Hari yang nanti telah tiba. Dah lama betul kami tak pergi JB. Adik beradik belah ibu saya ada 13 orang semuanya. Seorang di Muo (Muar) dan Ibu saya di PD. Selebihnya menetap di JB.

Kali ini kami, ayah dan adik beradik En Kaki Pancing konvoi ke JB. Kami bertolak dari Bangi. Cuma BIL sorang lagi dr Melaka.

Road trip kami ke JB untuk ke rumah Mak Ngah (sebelah En Kaki Pancing). Mak Ngah memang agak rapat dengan kami. Makcik-makcik lain pun rapat juga tapi tinggal berdekatan. Mak Ngah selalu drive dari JB datang sini. Kami pula? Hehehe 1st time pergi rumah Mak Ngah masa Amirul baby ketika cuti raya. Sekarang Amirul dah darjah satu. Sekejap jer masa berlalu.

Esok pula kami akan pergi ke rumah Mak Usu (sebelah saya pulak) kak long dan adik lelaki saya pernah menumpang tinggal di rumah Mak Usu zaman diorg study dan kerja. Makcik-makcik lain tak sempat nak melawat kali ini :( sebab esok juga hendak pulang ke KL. Iman ada follow up hari Isnin pagi.

Seronok pulak rasanya sekali sekala berjalan jauh. Paling tak sabar jumpa ngan Mak Ngah dan Mak Usu. Mak Ngah dan Mak Usu ada satu persamaaan. Dua-dua terre masak. Apa agaknya menu nanti ehhehehehehehe nyum..nyum..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

6 comments:

  1. Jangan lupa JJCM sekali kat JB tu...mesti try mee rebus tulang..

    ReplyDelete
  2. oh, sekejap je kat jb, kalau tak boleh akak singgah dekat utm, ada pesta konvo, macam2 ada jual ;)

    ReplyDelete
  3. DaddyZiyyad: hehhe... thanks.... mesti kena cari ni.. sebab ramai yag kata best!

    ReplyDelete
  4. Cekkeya: tak sempat lah sayangggggg.... akak tergesa-gesa betul kali ni... maybe nest time, k. thanks...

    ReplyDelete
  5. berapa kg naik!!!!!!!???????

    ReplyDelete
  6. jalan jauh tapi sekejap rasa tak puas.. nak cuti panjang tak boleh pulak..

    ReplyDelete