11.4.11

Arman's 1st Speech Therapy Class

Kami bawa Arman jumpa speech therapist hari Sabtu lepas. Bagi followers dan silence readers sure dah tahu Arman ada masalah pertuturan. Actually it was not the 1st pun, last year ada bawa Arman dua kali kat tempat lain dan jumpa speech terapist yang lain. Jadi, yang ini kira yang 1st untuk tahun ini la.... :)

Jika dibandingkan, saya lagi puas hati dengan speech therapist yang kali ini. Memandangkan beliau juga adalah lecturer kat IPTA dalam bidang yang sama. Jadi, cara penyampaian dan teknik lebih mudah difahami dan lebih menarik untuk Arman participate semua test yang dia buat.

Untuk 1st class ni, memang ambil masa dalam hampir 2 jam. Ok... dalam 1 jam setengah juga. :). Ada 3 'konsep' test yang dia buat.  Setiap 'konsep' test tu, ada beberapa soalan.  Arman macam seronok jer. Dia mungkin tak rasa itu semua test, macam main-main toys jer. Tapi saya secara jujur saya memang nervous. Saya yang nervous.. hehehehhe....

Kesimpulannya dari test tu, speech terapist kata Arman ada problem dalam bentuk melahirkan sebutan. Dan dia tak nampak Arman ada tanda-tanda autisme atau ADHD sebab Arman boleh ikut setiap arahan yang dia bagi dan ada respond sewajarnya.  Dia cadangkan Arman buat appoitment dengan child psychotherapist. Dia juga sarankan hantar Arman ke playschool setiap hari. Maknanya kelas tumble tots seminggu sekali yang kami buat ini, tidak mencukupi.

Ada kawan dan sedara yang cakap tak perlu risau, nanti lama-lama dia cakaplah. ohhh... saya amat risau sekali.  Tahun ini umur Arman masuk 4 tahun. Dia hanya boleh sebut hujung-hujung sahaja. Perkataan yang dia boleh sebut penuh termasuk 'hatu lima' tak sampai 10 perkataan. Next year kami planning nak masukkan Arman kat sekolah tadika. Kalau dia masih di tahap macam tu, kami risau dia akan digelakkan oleh kawan-kawan di tadika nanti. Kesian dia nanti.

Untuk beberapa bulan ini, kami planning nak hantar Arman secara intensive setiap minggu. Bila dah nampak banyak perubahan, baru hantar sebulan sekali. Di rumah pun, speech therapsit minta kami fokus dengan Arman dalam satu-dua jam hanya untuk latih dia bercakap. hehehe.... boleh buat tapi nanti Arman tunjuk/tanya lagi banyak banding saya tanya dia... heheheh


Ni, test yang pertama. Ntah kenapa mata saya sibuk mengerling apa yang speech therapist tu tulis.

Untuk setiap set soalan yang betul, Arman boleh main gantung baju sebagai 'reward'. Tengok, Arman sungguh kreatif sebab dia gantung baju ikut selang seli warna. Kalau saya, agaknya saya main hantam apa yang ada :).


Ini bagi menilai  pemahaman Arman faham seperti 'bear di atas kerusi'...  Lepas speech therapist tunjuk, Arman pulak kena buat bersesuaian denggan ayat yang diberi.


Semoga usaha Arman dan kami membuahkan hasil. InsyaAllah......

12 comments:

  1. insya Allah sy doakan arman akan boleh bertutur ngan lancar yer kak.. ntah2 nnt mane tau leh jadi pemidato plak... wahhhh... tuah org siapa tau kn :)

    ReplyDelete
  2. insya-ALLAH. aminnn. ;)

    Macam best plak kan kak, main susun baju dekat ampaian, tapi kalau real situation punya, aisyhhhh malaih bebenorrr ;)

    ReplyDelete
  3. saya doakan speech therapy Arman akan berjaya..just kena sabar..

    Child Psychiatrist sebelum ni diagnosed Arman as ADHD ke?

    ReplyDelete
  4. soalan:
    si adik (anak kita sebaya), masih belum petah bercakap, ada pelat tapi dia faham apa yang kita cakap tapi kadang2 tak faham apa yang dia cuba sampaikan..
    dalam keadaan macam ni, perlu tak saya refer kat pakar kanak2, kemudian di bahagian mana saya perlu pergi..?
    perasaan yang sama saya alami sebab tahun depan nak masukkan dia tadika, kesian kalau dia cakap orang tak faham..

    sekarang treatment kat PPUM untuk tangan dan tekak dia.. selain dari tu takde lagi..

    ReplyDelete
  5. Cik Fiza; heheh thanks dik. InsyaAllah...

    Cekkeya: mula2 tu dia tak paham apa nak buat sebab ampai kat rumah tak macam tu, dah kami pun sangkut kat hanger.... heheeh

    DaddyZiyyad: Thanks.. last year ada jumpa paed. dia kata macam mild autise.. belum jumpa psychiatrist lagi... ehhh...ehh.... child psychotherapist tu lain ek? yang mana satu ek yang betul, ke saya salah eja? :)

    Aizamia: sebab pakar kanak2 ada thumb rule berapa umur dan berapa banyak perkataan yang sepatutnya anak tu boleh sebut. Macam arman memang di bawah graf. last week ada bagitau kat prof masa appoitment Iman, prof suruh bawa arman masa next appoitment.

    yg ni saya buat kat luar sebab nak bagi intensif. kena bayar sendiri :( Kalau gomen memang free tapi lambat sangat. dalam setahun ada lah 3 kali jer kot sempat buat. :(

    ReplyDelete
  6. pinky doakan yang..moga2 berkat doa smua..
    apa yg kamu impikan termakbul..
    insyaAllah..kita doa ya ;)

    ReplyDelete
  7. macam fun pulak tgk session tu
    mudah2an arman cepat pick up ye
    :)

    ReplyDelete
  8. kalau nak hasil yang memuaskan kenalah ikhtiar cara lain.. kan..
    moga arman semakin ok dan terus ok.. amin..

    ReplyDelete
  9. Pinky: InsyaAllah..... thanks dear

    Drhanie: heheh mmg macam seronok, siap tanya kat dia sebab dia lecturer, ada short course tak? hehe... macam nak gi belajar jer

    Aizamia: thanks... :)

    ReplyDelete
  10. arman lahir tahun bila ye ayin ?

    ReplyDelete
  11. mmm..bole tau speech therapist ni area maner? nmpk teknik nya bagus..berapa dia charge utk satu sesi?

    ReplyDelete
  12. Effa: 2007 heheh

    Ira: kat area KL, nama dia Innovative Hearing. Pusrawi yg recommend kat situ. Company tu pembekal hearing aid. kelas tu lecturer UKM yg ajar. lelaki, ttp mmg dia best gak. try call 03-40412663

    ReplyDelete