1.4.11

Bila PR lagi lebih dari selebriti!

Sering kita baca di dada akhbar, bila wartawan menulis PR nyer yang lebih dari selebriti. 'Lebih' macam mana? ....

Saya berpeluang mengikuti pengambaran bersama pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada pada hari Selasa dan Rabu yang lepas. Tugas saya simple sahaja, memastikan perjalanan pengambaran sempurna. Nampak mudah, namun persiapan dan keperluan perlu disusun rapi, ditambah pula dengan beberapa perubahan di saat akhir. Namun atas kerjasama dan sokongan semua pihak yang terlibat.  Alhamdulillah, pengambaran berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.

Memandangkan ini bukan kali pertama kami membuat pengambaran dengan Majalah 3, maka amat mudah berurusan dengan krew dan pengacaranya. Nurul seperti biasa tidak berlagak, dia seorang yang sederhana dan bersahaja. Dapat pulak krew belakang tabir yang tidak banyak songeh dan profesional. Satu yang saya cukup hormat budaya kerja dengan krew TV3. Kerja dulu, kasi siap, baru makan. :)

Berbalik kepada tajuk cerita saya kali ini, apabila Nurul dikerumuni dengan peminat-peminatnya. Asalkan 'cut' ajer, ada lah mula peminat-peminat datang tersenyum-senyum. Minta bergambar. Saya bukan jeles. Mula-mula seorang dua. Kemudian group bertambah besar. Mula lah ada sessi group photo, pastu sessi gambar berdua. Kalau macam tu, bila shooting mau siap?... heheheh....

Bila tengok jam, makin lama... masa makin berjalan.... Mula lah saya akan cakap 'minta maaf yer kak, minta maaf yer dik'..... yang faham tu, ok lah... yang tak faham tu.... membalas dengan 'terima kasih' dengan nada yang kurang sedap di dengar. Buleh? hahahah... kadang-kadang, krew yang tegur...

Tu lah dia.... agak-agaknyer.. mereka-mereka itu yang tak dapat bergambar berdua dengan Nurul pasti marahkan saya dan krew... heheheh.... mesti dalam hati mereka 'ehhh.... minah ni sapa pulak??'

Terima kasih tidak terhingga kepada Majalah 3 dan MISC kerana menjayakan episod khas tersebut. Ok, jangan lupa saksikan Majalah 3 khas bersiaran selama 45minit (setelah ditolak iklan lebih kurang) pada 23 April 11, hari Sabtu yer..... jam 9 malam.

4 comments:

  1. owhhh.. ayin keje dgn tibitige ker?

    ReplyDelete
  2. hehehe. bestnye jumpa nurul syuhada... i likeee...

    ReplyDelete
  3. Drhanie: ehhhh takkkkk.... kerjasama sajer... :)

    Effa: comeyyy orangnyer..

    ReplyDelete
  4. x sebut pun kita

    ReplyDelete