5.4.11

Lauk kupang paling best di JB!

Wokeyyyy...









Memang tak boleh dapat di mana-mana restoran. Sebab kupang berlada ini dimasak oleh my Mak Usu di JB. Hehehehhe..

Petua nak masak, kena rebus kupang dulu. Bukan sampai kecut kecik, tapi kasi terbuka cengkerang dia, dan keluarkan air dia. Kalau tak rebus, nanti bila masak sambal, jadi kuah pulak. Bersihkan kupang (buang yg macam bulu-bulu) yang ada.

Bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, belacan di kisar bersama lada. Kalau nak tumiskan dulu pun boleh.

Panaskan minyak, goreng dulu serai ketuk sampai naik bau. Masukkan bahan kisar dalam kuali, kacau atas api hingga masak. Masukkan kupang yang telah direbus tadi. Gaul hingga sebati. Padam api. Tuang dalam pinggan. Sedia untuk dinikmati. :)

Ok. Selamat mencuba!

Nota: Kalau nak beli kupang segar. Dari hospital Tuanku Aminah terus ke Dangga Bay (sebelah kiri). Sebelum Dangga Bay ada 2 kedai kecik jual kupang. Dulu kupang ada dijual sepanjang pantai. Itu dulu. Cerita sekarang, dua kedai sahaja yang tinggal. :(
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

6 comments:

  1. DrSinga: hehehehe... DANGA bay... heheheh....

    ReplyDelete
  2. Dulu saya suka makan kupang. Tapi bila dgr macam2 cerita pasal kupang kat situ..saya dah tak makan..

    Ehh..tu hospital saya kerja dulu...namanya Hospital Sultanah Aminah (HSA)

    ReplyDelete
  3. huihh.. dah lama tak pekena kupang sambal


    eh, apesal yg komen ni duktur2 jer? hihi

    ReplyDelete
  4. DaddyZiyayd: kenapa dengan kupangggg? seram plak

    Drhanie: hehehee..... murah rezeki saya...

    ReplyDelete
  5. perghhhhhhh meleleh~
    nak suh encit hubby cari kupang juga la ini mcm..terliuq!

    ReplyDelete