3.4.11

Makan di Saung Sunda Sawargi sampai menangis!

Episod pertama Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) kami pada tahun ini dimulakan di JB!!! Last week, kami pergi on weekend jer.... tak buleh lama... bahaya... kena bawa penimbang, nak sukat berapa kilo lemak naik.. :)

Perhentian yang pertama di rumah Mak Ngah. Kebetulan pula, rumah Mak Ngah tengah renovate. Jadi Mak Ngah  membawa kami sekeluarga makan di Saung Sunda Sawargi (SSS). SSS membawa maksud kedai makan Sunda sekeluarga. Menjejak kaki di restoran itu, kami disambut dengan alunan muzik tradisional Sunda. Bagi yang ingin tahu muzik tradisional Sunda, jika anda pernah menonton 'Jangan Pandang Belakang Congkak 2', ketika dua hero filem tersebut menerima rawatan dengan puteri-puteri bunian..... hhhhhaaaa... itu adalah nyanyian dan alunan  muzik Sunda.



Dengan decor yang cukup sederhana, namun tetap menampakkan ciri-ciri hiasan tradisional orang Sunda, Indonesia. Buluh-buluh disusun rapi serta meja dihiasi dengan batik Sunda. Suasana ini membuatkan bibik saya teringat kampung halamannya. Dia pun mula menangis.  Waduhhhhhhhh! Orang sedang bergumbira hendak makan kenyang-kenyang... ada pulak yang bersedih. Makanya, kami memanggil pelayan dari Sunda untuk berborak dengan bibik.  'Kamu orang Sunda?' tanya En Kaki Pancing. 'Tidak, saya Bugis!' cepat jawab seorang pelayan sambil berlalu dengan senyuman. 'Kamu orang Sunda?' tanya En Kaki Pancing kepada pelayan lain. Lalu dia berhenti menundukkan kepala sambil tersenyum 'Ya, abdi orang Sunda'.  Terus sahaja bibik berbual dalam bahasa Sunda. Orang Sunda cukup terkenal dengan sopan santun ketika bercakap. Beralun intonasinya.

Di SSS ' chef's fav' ialah gurame bakar iaitu ikan kaloi bakar. Lagi satu istimewa ialah nasinya dibungkus dengan daung pisang. Memang sedap. Daging kicap, fuhhhh.... memang tak cukup sepinggan. Untuk Mak Ngah terima kasih belanja kami. Kalau nak belanja kami sekeluarga lagi kat situ, kite memang setuju sangat-sangat. ;)

Membangkit selera! garume bakar....


Satu tak cukup! nasi sedap dan berbau harum....

SEBELUM... lauk penuh depan mata

SELEPAS..... licin, tulang ikan garume pun tak nampak kat mana
(ehem... kak long...)


Next generation: dari kiri, Nisa, Ain, Arman, Nabil, Amirul dan Irdina


JJCM kami tidak terhenti di situ sahaja......
(bersambung)

3 comments:

  1. huihh..
    tengok nasik aje pun dah sedap

    ReplyDelete
  2. DrHanie: memang best.. recommended!

    ReplyDelete
  3. hi puan blog ayin...saya baru je gi kat sini sabtu lepas. first time...ok gak. nanti ayin singgah blog saya ye kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan makan dan makan hehehe (kebanyakan di jb area)...singgah tau..dan register la follower yer ayin...maklum la blog baru nih sunyi jer TQ TQ TQ

    ReplyDelete